Robert (dua dari kanan) menerima borang keahlian STARSABAH daripada ketiga-tiga individu itu sambil disaksikan oleh Setizausaha Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor Junior Fred Vincent
KENINGAU: Tiga orang individu dari golongan profesional menyertai Parti Starsabah.
Mereka ialah Puan Emily Julius, seorang peguam, Tuan David Tommy dan Tuan Joseph Wilfred.
Mereka menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden STARSABAH yang juga Ketua Bahagian STARSABAH Bahagian N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N.40 Bingkor.
Datuk Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya mengalu alukan penyertaan dan keikhlasan mereka menyertai parti STARSABAH.
Robert berkata, keahlian STARSABAH terbuka kepada sesiapa saja tanpa mengira agama dan bangsa.
“Parti STARSABAH adalah Parti berbilamg kaum” katanya.
Beliau mengajak rakyat Sabah yang belum menyertai mana-mana parti agar memilih STARSABAH sebagai wadah perjuangan.
STARSABAH dibawah kepimpinan Presiden Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Datuk Kitingan terus komited memperjuangkan hak hak rakyat Sabah yang termaktub dalam perjanjian Malaysia MA63.