Sebahagian ahli-ahli StarSabah Keningau Station mengabadikan gambar bersama dengan Puan Jennifer Epil ( tengah) dan Junior Fred (depa dua dari kanan), turut kelihatan Yazid (depan dua dari kiri).
KENINGAU: Seramai 23 ahli baharu telah menyertai Parti Solidariti Tanah Airku ( STARSABAH) menerusi PDM Keningau Station.
Ketua Penyelaras Daerah Mengundi Keningau Station Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles berkata demikian semasa Mesyuarat Agung Tri Tahunan PDM Keningau Station di Bilik Mesyuarat Taman Bandukan Riverside Resort.
Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Ketua Wiranita Bahagian N.40 Bingkor Puan Jennifer Epil yang mewakili Ketua Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor Merangkap Timbalan Presiden StarSabah Datuk Robert Tawik@Nordin dan turut disertai oleh Setiausaha Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor Encik Junior Fred.
Yazid mengalu alukan kemasukan mereka ke parti STARSABAH.
Jelasnya, kemasukan mereka adalah secara sukarela tanpa ada dipengaruhi mana mana pihak.
Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada mereka atas memilih parti STARSABAH.
Katamya, kemasukan mereka ini sudah tentu memperkukuhkan lagi parti STARSABAH.
Parti StarSabah yang dipimpin oleh Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Datuk Kitingan selaku Presiden adalah parti yang memperjuangkn suara rakyat khususnya menyuarakan hak-hak rakyat Sabah seperti mana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia ( MA63)
Dr Jeffrey adalah Pemimpin Sabah yang sentiasa fokus dan tidak putus putus kepada perjuangan rakyat Sabah dari dahulu sehingga sekarang.
Yazid mengajak rakyat Sabah bersatu bersama sama dengan Datuk Dr Jeffrey dengan Pemimpin Pemimpin Gabungan Rakyat Sabah ( GRS) dalam merezlisasikzn hala tuju Sabah Maju Jaya ( SMJ) yang dicetuskan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor.