31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Parti STAR yakin calonnya pada PRU15 menang: Dr.Jeffry

Jeffrey diiringi oleh Ellron dan Robert serta barisan kepimpinan STAR Sabah disambut oleh ahli-ahli STAR yang hadir.

KENINGAU:Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)yakin calon yang bertanding bagi kerusi-kerusi yang akan ditandinginya pada pilihanraya umum ke 15 (PRU 15)akan menang.

Presidennya Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan berkata, ini berdasarkan sambutan rakyat pelbagai kaum dan kepercayaan di negeri ini yang semakin meningkat.

Walau bagaimanapun Timbalan Ketua Menteri itu belum menyatakan berapa jumlah kerusi yang akan ditandingi parti STAR pada PRU 15 akan datang.

“Saya belum boleh nyatakan jumlah kerusi yang akan kita tandingi kerana pembahagian kerusi masih dalam proses perbincangan kita dengan rakan-rakan Gabungan Rakat Sabah (GRS)” katanya dalam sidang media selepas  pelancaran jentera pilihanraya parti STAR peringkat negeri sempena sambutan ulang tahun STAR yang ke 6 di dewan masyarakat di sini pada Jumaat.

Apabila ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Keningau pada PRU 15 nanti, Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan menyoal balik media “apa pendapat kamu” beberapa pemberita menjawab, yes, yes, yes…

Akhirnya Ahli Parlimen Keningau itu berkata, ya sini kerusi Parlimen Keningau kita akan pertahankan.

Ditanya mengenai adakah STAR akan mengintai kerusi Parlimen Pensiangan, beliau tersenyum sambil berkata, “jawabannya kamu sudah tahu”

Mengulas pelancaran jentera pilihanraya dan sambutan ulang tahun parti STAR, ADUN Tambunan itu berkata, ia mendapat sambutan yang luar  biasa sehingga ramai yang tidak dapat masuk dewan dan terpaksa berdiri diluar.

“Ini satu petanda yang baik bagi parti STAR dan kita yakin ia akan menjadi parti dominan di negeri ini” katanya.

Pada masa sama Jeffrey berkata, parti STAR akan terus bekerjasama dengan parti-parti lain dalam gabungan bagi memastikan kemenangan pada PRU 15 akan datang.

Hadir sama Timbalan Presiden STAR kouta bukan islam Datuk Ellron Alfred Angin, Timbalan Presiden kouta Islam Datuk Robert Tawik @ Nordin Naib-Naib Prediden dan barisan kepimpinan STAR Negeri serta barisan kepimpinan Wiranita dan Wiramuda STAR Negeri.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN