24.2 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PARLIMEN KIMANIS MEMERLUKAN SEBUAH HOSPITAL: MOHAMAD

TELITI.. Dr.Adham sambil diperhatikan Mohamad meneliti peta dalam skrin kedudukan klinik klinik kesihatan yang ada di kawasan Parlimen Kimanis semasa kunjungan tersebut.

KOTA KINABALU:Kawasan Parlimen Kimanis perlu memiliki sebuah hospital bagi menampung keperluan penduduk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di kawasan tersebut.

Perkara ini disuarakan oleh Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Hj Alamin semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Kesihatan Malaysia Dato’ Seri Dr Adham Baba di pejabatnya kemarin.

Menurut Mohamad sebagai sebuah kawasan Parlimen yang merangkumi kawasan Kimanis,Bongawan dan Membakut sudah tiba masanya diwujudkan sebuah Hospital baru di kawasan itu memandangkan sebelum ini kebanyakan pesakit yang menerima rawatan terutamanya pesakit yang kritikal perlu dirujuk ke Hospital Beaufort atau Papar yang jaraknya lebih jauh dari kawasan ini .

” Saya diminta merujuk dan berbincang dengan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah bagi memastikan cadangan ini akan dimasukkan dalam RMK-12″ katanya ketika ditemui selepas kunjungan hormat tersebut.

Dalam pada itu Menurut Mohamad yang juga Ketua Umno bahagian Kimanis turut mengemukakan cadangan dan permohonan agar Klinik Kesihatan Bongawan dinaik taraf termasuk membina Kuaters kakitangan yang bertugas.

Begitu juga Klinik Kesihatan Membakut perlu dinaik taraf memandangkan keadaan bangunanya yang uzur dan dan melangkahkan beberapa kemudahan lain yang amat diperlukan di klinik kesihatan tersebut.

Untuk rekod sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Membakut Haji Mohad Arifin Arif pernah membangkitkan isu ini selain mengemukakan permohonan agar Klinik kesihatan Membakut di naik taraf atau dijadikan sebuah Hospital.

Arifin ketika dihubungi berkata kerajaan pusat pada tahun 2018 telah meluluskan peruntukan membina klinik kesihatan baharu (jenis 6) dengan anggaran Kos 10 juta bagaimana pun Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah membatalkanya kerana kelewatan proses tander .

” Saya membawa isu ini dalam persidangan DUN meminta kerajaan negeri mengusulkan semula cadangan naik taraf atau membina hospital di DUN Membakut sebelum ” katanya

Tambah Arifin semasa PRK Kimanis beliau juga membawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi ketika itu Dato Seri Mohamed Azmin Ali melawat Klinik Kesihatan Membakut dan memohon agar perlaksanaan naik taraf klinik kesihatan Membakut dapat diteruskan.

” Saya menyokong serama Ahli Parlimen Kimanis dan berharap kerajaan Pusat dapat memberikan pertimbangan sewajarnya ” tambah Arifin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN