SEDEKAH PAPIM…Haji Mohd Amin menyampaikan sumbangan sedekah kepada Hajah Dayang Rayanih sambil diperhatikan ole Hj Ahmad ( kanan) dan Ag Kassim.
KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak- Anak Pimping Pantai Barat ( PAPIM) menyampaikan sumbangan sedekah kepada beberapa orang ahlinya yang menunaikan ibadat umrah ke tanah suci Makkah.
Pengerusinya Haji Ahmad Dipong berkata kegiatan ini adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti PAPIM sepanjang masa.
Pagi kelmarin, Haji Ahmad bersama Bendahari PAPIM, Awang Kassim Haji Ismail dan Pegawai Penerangan persatuan, Haji Mohd Amin Haji Muin berziarah ke kediaman AJK PAPIM, Puan Hajah Dayang Rayanih Hj Ag Hamit untuk menyampaikan sedekah dari PAPIM.
Sumbangan disampaikan oleh Haji Mohd Amin kepada Hajah Dayang Rayanih di kediamannya di Taman Friendship Petagas di Putatan.
Hajah Dayang Rayanih berlepas ke Kuala Lumpur subuh tadi untuk meneruskan perjalanan ke tanah suci.
Dua minggu lepas Bendahari dan Setiausaha Agung, Alihussein Haji Matnoor menyampaikan sumbangan yang sama kepada Naib Presiden PAPIM, Puan Nismah Haji Kanak yg menunaikan umrah bersama suami dan dua orang anaknya.
” Kita akan teruskan kegiatan ini malah kegiatan- kegiatan kebajikan lain juga kita akan laksanakan umpamanya ahli dan keluarga terdekat yang ditimpa musibah, kematian dan sebagainya,” kata Hj Ahmad ketika ditemui selepas penyerahan bantuan pagi kelmarin.
Beliau berkata PAPIM juga akan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada ahli-ahli dan ibu bapa mereka yang sudah dikenalpasti dalam Majlis Aidilfitri yang akan diadakan di ibu negeri bulan depan.
” AJK Tertinggi PAPIM akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk memperincikan Program Baurung-Urung Aidilfitri PAPIM ini,” katanya.
Haji Ahmad juga berkata usaha mendapatkan van jenazah juga sudah berhasil dengan bantuan salah sebuah badan bukan kerajaan di ibu negeri.
“Perjanjian akan kita buat dengan ngo ini dalam masa terdekat,” katanya sambil menambah van ini nanti akan digunakan untuk kenderaan jenazah hanya untuk ahli dan keluarga PAPIM sahaja agar mereka tidak perlu lagi membawa van jenazah dari kampung sekiranya berlakunya kematian di kawasan Pantai Barat.
” Apa yang penting mereka hanya perlu menghubungi Pengerusi atau SU Agung agar pihak kita dapat menguruskkannya dan terpulang untuk mereka untuk menghulurkan seikhlas mana untuk memberikan sedekah kepada pemandu dan yang terlibat menguruskan van ini.
Haji Ahmad berkata ini adalah sebahagian aktiviti amal dan kebajikan yang akan dilaksanakan oleh PAPIM biar pun begitu banyak sekali aktiviti kebajikan dan amal yang sudah dilaksanakan oleh PAPIM sejak didaftarkan dengan ROS tiga tahun lalu.
Beliau meminta anak-anak Kg Pimping yan berada dari Papar hingga ke Tuaran untuk menganggotai persatuan ini.
Setakat ini kata Haji Ahmad sambutan kalangan anak-anak Kg Pimping terhadap persatuan ini menggalakan dan amat baik sekali – PUTRA IMPIAN