ADVERTISEMENTspot_img

PAPIM sampaikan sumbangan wang tunai, beras kepada dua ibu bapa ahli yang sakit

Nor Hisham menyampaikan sumbangan PAPIM yang diterima oleh Tahir Kassim bagi pihak ibunya yang masih terlantar sakit selepas menjalani pembedahan di QEH 1 baru-baru ini.

MEMBAKUT:Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak2 Pimping (PAPIM) yang diketuai oleh Pengerusinya, Haji Ahmad Dipong menyerahkan sumbangan wang tunai dan beras sumbangan BERNAS kepada dua orang ibu bapa ahli yang sakit dan baru keluar dari hospital di sini pada hari kedua Hari Raya Aidilfitri.

Kunjungan Ziarah Aidilfitri itu turut disertai oleh Penolong Setiausaha, Nor Isham Narawi, Bendahari Ag Kassim Hj Ismail , Penolong Bendahari, Tuan Carlos Tcm , Ketua Penerangan, Hj Amin Hj Muin dan AJK yang juga Ketua Biro Sukan, Ali Omar Salleh.

Kunjungan bermula jam 10 pagi itu dimulakan dengan menziarahi ibu kepada ahli PAPIM, Abu Bakar Kassim, Hajah Dg Tuah Ag Putra di Kg Tambing Pimping, yang baru keluar dari QEH1 kerana keratakan tulang pinggul.

Sumbangan diterima oleh anaknya Tahir Kassim bagi pihak ibu mereka disampaikan oleh Nor Isham Narawi .

AJK Tertinggi PAPIM bergambar kenangan bersama anggota keluarga Ketua Penerangan PAPIM, Hj Mohd Amin yang menziarahi ibu saudaranya.Turut kelihatan sepupu-sepupu beliau

Hj Ahmad berkata pemimpin PAPIM tidak dapat ziarah semasa di QEH kerana kekangan masa AJK PAPIM dan mengambil kesempatan untuk ziarah di Aidilfitri.

Puan Jainah Kassim dalam ucapan ringkasnya mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan PAPIM atas sumbangan dan kunjungan itu.

Ziarah diteruskan ke Kg Jambo Saga-Saga untuk ziarah bapa kepada seorang lagi ahli PAPIM, Ali Omar yang ayahnya Omar Saman juga sedang mendapatkan rawatan di Hospital Likas dan Beaufort.

Sumbangan wang tunai dan beras disampaikan oleh Tuan Carlos@ Ag Ghazali Ag Ghani.

Ali dalam ucapan ringkasnya juga mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbang wang tunai, beras dan kunjungan tertinggi pemimpin PAPIM.

Tuan Carlos menyampaikan sumbangan wang tunai dan beras kepada Ali Omar bagi pihak ayahnya.

Ini adalah sumbangan kelima yang disampaikan oleh PAPIM setakat April tahun ini kerana semasa Puasa Ramadan, PAPIM juga menyampaikan sumbangan kepada Puan Naib Pengerusi PAPIM semasa hendak menunaikan umrah dan semasa kembali dari umrah.

PAPIM juga menyampaikan sumbangan kepada Hajah DgRayanih AgHamit yang menunaikan umrah baru-baru ini.

Hj Ahmad berkata PAPIM sememangnya memberikan penekanan kepada kebajikan ahli yang berdaftar sahaja. Dari itu beliau meminta anak2 Pimping yang belum menjadi ahli supaya menyertai badan kebajikan dan amal ini.

Beliau mengumumkan PAPIM akan mengehadkan hanya untuk 100 ahli saja. PAPIM kini mempunyai seramai 70 orang ahli berdaftar. PAPIM yang didaftarkan pada 2022 telah banyak mengadakan pelbagai aktiviti, kebajikan,amal dan keagamaan serta sosial.

Selepas menyerahkan sumbangan AJK PAPIM berkesempatan Kunjungan Aidilfitri ke rumah Pengerusi, melawat tempat Pertandingan Gual Beduk dan Dart PAPIM yang akan diadakan di Perkarangan Masjid Assa’adah Kg Pimping bermula jam 9 pagi ini Rabu lalu.
CAPTION
1.Nor Hisham menyampaikan sumbangan PAPIM yang diterima oleh Tahir Kassim bagi pihak ibunya yang masih terlantar sakit selepas menjalani pembedahan di QEH 1 baru-baru ini.

  1. AJK Tertinggi PAPIM bergambar kenangan bersama anggota keluarga Ketua Penerangan PAPIM, Hj Mohd Amin yang menziarahi ibu saudaranya.Turut kelihatan sepupu-sepupu beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN