26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pantaran Biskita agih 1000 bungkus bubur banging

AHLI Persatuan Pantaran Biskita bersama Datuk Dr Ramli (tengah) yang menjayakan Program Memasak dan Mengaggihkan Bubur Banging.

LABUAN: Persatuan Pantaran Biskita dengan kerjasama  PeladangNita  kawasan  Utara menganjurkan Program  memasak dan mengaggihkan  Bubur Bunging  yang diadakan di Kiosk  Tanjung Aru Nelayan, baru-baru ini.

Sebanyak 1,000 pek bubur banging telah diagihkan secara pandu lalu  kepada pengguna jalan raya di sepanjang persimpangan Jalan Tanjung Aru  Nelayan dan Jalan Batu Arang  bermula jam 3 petang dan berakhir kira-kira jam 4.30 petang.

DR RAMLI mengaggihkan bubur banging  secara pandu lalu kepada pengguna jalan raya di Tanjung Aru Nelayan. simpang Jalan

Hadir sama mengaggihkan bubur banging itu, Ketua Parti Amanah Kawasan Labuan Datuk Dr Ramli Tahir dan Pengerusi Persatuan Pantaran Biskita, Amit Hamzani.

Selain itu bubur yang diperbuat daripada beras itu  juga telah diagihkan kepada Masjid  Sirajul Islam Tanjung Aru untuk tujuan moreh selepas sembahayang Tarawih.

Turut diadakan sepanjang program itu berlangsung ialah kaunter pembayaran zakat yang dikenadilkan oleh  amil Ustaz  Anas Sazwan  Suwito.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN