27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pantai Tanjung Aru, Taman Prince Philip Kekal Terbuka

KENANGAN…Tun Juhar (tengah) dan Toh Puan Norlidah (lima dari kanan) bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir.-Gambar: JaPen Sabah

KOTA KINABALU :  Pantai Tanjung Aru dan Taman Prince Philip kekal terbuka dan boleh diakses oleh orang awam.


Pengerusi Tanjung Aru Eco Development Sdn. Bhd. (TAEDSB), Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia berkata, pihak TAEDSB sentiasa berusaha meyakinkan orang ramai Pantai Tanjung Aru dan Taman Prince Philip akan kekal terbuka dan boleh diakses oleh mereka.

 “Bagaimanapun, kami difahamkan terdapat khabar angin yang tersebar mengatakan pantai dan taman awam itu akan diswastakan untuk dijadikan kawasan perumahan serta hotel berskala tinggi dan ini adalah tidak benar.


“Peranan utama TAEDSB adalah memastikan pantai dan taman awam kekal bersih dan diselenggara dengan baik untuk dinikmati orang ramai.


” Majlis Santai Peduli Rakyat pada hari ini adalah bagi mendekatkan diri dengan orang ramai di samping meleraikan kebimbangan mereka sama ada pantai dan taman itu akan kekal awam di bawah Tanjung Aru Eco Development (TAED). 


“Diharapkan melalui majlis ini dapat menghapuskan halangan antara rakyat dan TAEDSB seterusnya membantu mereka memahami lebih lanjut mengenai projek TAEDSB,” jelasnya ketika ditemui media selepas majlis berkenaan di sini, pada Sabtu.


Majlis yang dihadiri kira-kira 15,000 pengunjung itu dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan turut diiringi isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Sebanyak 40 gerai pameran produk usahawan tempatan dan 30 stesen makanan disediakan pada majlis tersebut di samping pelbagai pengisian lain antaranya persembahan pentas dan cabutan bertuah.


Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah./ PENERANGAN

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN