Brig Jen Haji Mohammad Taha menerima sijil daripada Tan Sri Dato’ Sri Asghar Khan
LABUAN: Pangkalan Udara Labuan menang Anugerah Best Quarters of The Year 2024 sempena Hari Anugerah Kecermerlangan TUDM 2024 yang diadakan di Pangkalan Udara Sendayan baru baru ini.
Majlis penyampaian hadiah dan sijil disampaikan oleh Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri, Dato’ Sri Asghar Khan Goriman Khan kepada Komander Pangkalan Udara Labuan, Brig. Jen. Haji Mohammad Taha Hamdan TUDM.
Naib johan dimenangi oleh Pangkalan Udara Gong Kedak dan tempat ketiga dimenangi oleh Pangkalan Udara Sendayan Anugerah Best of The Year bertujuan untuk meningkatkan mutu Pengurusan Rumah Kakitangan Angkatan Tentera (RKAT) LLP dan menyuntik semangat kerjasama antara pihak pangkalan dan penghuni RKAT.
Sementara itu sambutan Hari Anugerah Kecermerlangan TUDM yang diadakan setiap tahun menyediakan pelbagai anugerah untuk dimenangi oleh warga kerja TUDM sebagai menghargai prestasi cemerlang pegawai dan anggota TUDM yang mengharumkan organasasi TUDM diperingkat TUDM serta negara.
Antara anugerah lain yang di sampaikan pada majlis itu ialah Anugerah Projek Inovasi peringkat Antarabangsa, Anugerah Terbang Selamat, Anugerah Airman of The Year, Anugerah Best Quarters of The Year, Training Institute of The Year dan Squadron of The Year.



