27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pandemik Covid-19 menyebabkan semua sektor, agensi terkesan termasuk sektor Pendidikan

Robert semasa menyampaikan ucapan secara maya.

KENINGAU:Pandemik Covid-19 telah mengubah landskap global yang menyebabkan semua sektor dan agensi sangat terkesan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, sektor Pendidikan tidak terkecuali dalam hal ini yang terpaksa berhadapan pelbagai bagi kelangsungan pengajaran dan pembelajaran.

“Guru-guru dan ibu bapa terpaksa berhadapan dengan cabaran pembelajaran secara online iaitu Pengajaran dan Pembelajaran (PdPR)” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK. St. James Apin-Apin kali ke 75 melalui maya baru-baru ini.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, dalam situasi ini tentunya peranan PIBG diperlukan bagi meringankan beban sekolah.

“Saya percaya PIBG sekolah ini telah membuat yang terbaik untuk kecemerlangan pelajar dan sekolah” kata Robert.

Turut bersama dalam mesyuarat itu, Guru Besar SK. St. James Apin-Apin Cathrine Gonolon dan Yang Dipertua PIBG Jamil Peter Dambiau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN