30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Pak Arab juara futsal Malaysia Sport League 2022 peringkat Labuan

JUARA……pasukan Pak Arab menerima hadiah daripada Muhammad Syahffie (6 dari kiri) sambil diperhatikan Sophian (7 dari kanan) dan Ismaidi (5 dari kiri)

LABUAN: Pasukan Pak Arab dari kampung Patau-Patau menjuarai pertandingan Futsal  Malaysia Sport League (MSL) kategori lelaki  yang diadakan di Gelanggang Futsal Perbadanan Labuan, Jalan Tanjung Purun pada Ahad.

Pasukan Pak Arab muncul juara setelah menewaskan pasukan Bomba FC 2-1  pada perlawanan akhir untuk menerima hadiah wang tunai RM2,000  dan medal.

Pasukan Bomba FC yang terpaksa berpuas hati bergelar naib juara menerima hadiah wang tunai RM1,000 beserta medal.

Tempat ketiga kategori lelaki dimenangi oleh pasukan Sunwokong Junior FC  selepas menewaskan pasukan  Konoha  dengan jaringan 3-1.

Pasukan Sunwokong membawa pulang hadiah wang tunai RM700 beserta medal dan  pasukan Konoha membawa pulang hadiah wang tunai RM700.

Sementara itu, pasukan Famina FC menjuarai  kategori wanita setelah menewaskan pasukan Sea Bambo menerusi sepakan penalti  5-4, kedua dua pasukan seri 1-1 pada perlawanan sebenar.

PASUKAN Famina FC bersama hadiah yang dimenangi.

Pasukan Famina FC  menerima hadiah wang tunai RM2,000 beserta medal dan pasukan Sea Bambo membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 beserta medal.

Tempat ketiga kategori wanita dimenangi oleh pasukan Victo FT selepas menundukkan pasukan She’s Bro FT  3-1 untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM700 beserta medal dan pasukan She’s Bro FT menerima hadiah wanh tunai RM700.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan  (JBS)  Labuan, Muhammad Syahffie Japril.

Dalam pada itu, pasukan Pak Arab dan Famnia FC akan mewakili Labuan ke  peringkat kebangsaan futsal MSL yang dijadual pada Ogos  nanti.

Hadir sama, Presiden LAFA, Sophian Said dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Ismaidi Ismail.

Pertandingan yang dianjurkan bersama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan, Perbadanan Labuan, Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) dan Majlis Belia Labuan (MBL) telah disertai sebanyak 32 pasukan lelaki dan lima pasukan wanita.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN