25 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pairin Harus Perjelaskan Pas Residen Sabah

Oleh: MARRYAN RAZAN

MEMBAKUT: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick mencabar Tan Sri Pairin Kitingan memberi penjelasan berkenaan Pas Residen Sabah (PRESS) yang dipersetujui semasa beliau mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing Di Sabah bagi membincangkan syor-syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah.

EWON ketika berucap di majlis itu

“Syor mengenai Pass Residen Sabah (PRESS) ini disebut dalam laporan RCI pada muka surat 355 (edisi Bahasa Inggeris). Tetapi Tan Sri Pairin menafikan syor tersebut yang kini dikenali sebagai Pas Sementera Sabah (PSS) berasal daripada laporan RCI itu.

“Selepas laporan RCI diperakukan di Parlimen, dua jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan syor-syor RCI tersebut. Salah satu jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Pairin selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah ketika itu telah bermesyuarat pada 14 Mac 2016 dan memperakukan syor PRESS tersebut agar dilaksanakan.

“Justeru, sebagai anak muda Sabah, saya mencabar beliau memberi penjelasan apa sebenarnya PRESS tersebut, kandungan, halatuju dan sebagainya sehingga beliau sanggup untuk bersetuju mengenainya. Apakah ianya berbeza dengan PSS? Kenapakah ianya dicadangkan Pas Residen yang seolah-olah mahu menjadikan mereka ini sebagai penduduk tetap di Sabah ketika itu?” kata beliau.

EWON (tengah) beesama ahli-ahli UPKO dan para penduduk di Kg Pinopon Baru, Sinoko, Membakut

Ewon yang juga Naib Presiden UPKO menyatakan demikian semasa berucap dalam perjumpaan dengan ahli-ahli UPKO dan para penduduk di Kg Pinopon Baru, Sinoko, Membakut, di sini, pada Jumaat.

Beliau menambah Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberi penjelasan berkenaan dengan PSS yang juga turut sama diperjelaskan oleh pimpinan dan agensi Kerajaan.

UPKO sendiri telah mengadakan perbincangan meja bulat bagi mendapatkan penerangan terperinci mengenai PSS daripada agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dan partinya telah menyatakan maklum balas yang berkaitan.

Ewon menambah, “bagaimanapun, kita telah dimaklumkan bahawa Pairin mempengerusikan satu-satunya mesyuarat tersebut yang telah disahkan oleh mantan Peguam Negeri Sabah dan Pesuruhjaya Polis Sabah, maka pada saya, Pairin perlu memberi penjelasan mengenai PRESS dan samada rakyat pastinya mahu mengetahuai pendirian pimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS), STAR, UMNO dan lain lain-lain terhadap syor PRESS ini,” tambahnya.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Naib Presiden Datuk Dr Lucas Umbul, Setiausaha Agung Nelson Angang dan ahli-ahli Majlis Tertinggi UPKO yang lain.-TAMAT-

Ends

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN