David (kiri) mencapai persetujuan dengan Zulfazly (wakil sekolah)
RANAU: Padang Sekolah Kebangsaan Nalapak akan mula dijadikan vanue baharu bagi Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Ranau anjuran ’Taralamas River Canyon’ bermula 23 Julai ini.
Pengarah Kejohanan, David Julian berkata sebelum ini kejohanan tersebut yang melibatkan pasukan dalam dan luar daerah Ranau diadakan di padang Kampung Lohan dan padang Pekan Ranau namun disebabkan bertembung dengan Kejohanan Bola Sepak Liga Super dan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Peringkat Daerah Ranau pihaknya mengambil keputusan mencari alternatif lain.
“Tinjauan saya bersama Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Mohd. Zulfazly Rashid, kami mendapati vanue ini adalah yang terbaik. Rumput dan keadaan permukaan tanah di padang ini lebih selesa. Kita mengharapkan cuaca baik semasa kejohanan agar para pemain selesa bermain di sini,” jelasnya ketika melawat padang tersebut minggu lalu.
Menurut David, jadual perlawanan pada 23 Julai (Sabtu) melibatkan perlawanan di antara Wira FC vs Pemuntarian Vet (9.00 am), Vet Telupid Town vs Nabawan Vet (11.00 am), Spanul VTR vs Pemuntarian Vet (2.00 pm), Nabawan Vet vs WiraFC (3.30 pm) dan Apid-Apid vs Napong FC (5.00 pm).
Pasukan yang terlibat pada 24 Julai (Ahad) ialah Agaras Legends 1 vs Apid-Apid Vet, (8.00 am), DBKK Vet vs Kudat Classic (9.30 am) Clasico B vs DBKK Vet (2.00 pm) dan Apid-Apid vs Kudat Classic (3.30 pm).
“Terimakasih kepada Guru Besar SK. Nalapak, Cikgu Jaipin Kimburon kerana membenarkan kami menggunakan padang ini. Pihak kami akan sentiasa mematuhi ketetapan seperti dalam perbincangan yang telah dipersetujui bersama,” katanya.
Dalam pada itu, Zulfazly memaklumkan kepada warga PIBG sekitar yang berminat untuk berjual, pihak sekolah akan menyediakan tapak seluas sepuluh kali sepuluh kaki persegi di kawasan yang telah ditetapkan. Kelengkapan berjual seperti payung, meja atau kerusi hendaklah disediakan sendiri oleh penyewa. Jumlah tapak terhad. Kepada yang berminat boleh menghubungi beliau (0 12-769 6276) dan Hanisah (0 14-591 9002).