Antara penerima vaksin suntikan dos pertama di PPV Dewan Masyarakat Ranau.
RANAU: Orang ramai tidak perlu memilih jenis vaksin sama ada jenis Pfizer, Senovac atau apa sahaja jenis vaksin yang lain asalkan telah mendapat pengiktrafan, pengsahan dan kelulusan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ada segelintir masyarakat masih meragui terhadap keselamatan pengambilan vaksin yang telah pun mendapat kelulusan daripada pihak KKM dan peringkat antarabangsa kerana terpengaruh dengan pelbagai viral menerusi laman sosial yang tidak sahih mempengaruhi pemikiran negatif mereka terhadap program imunisasi vaksin yang sedang dijalankan kerajaan untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19.
Bagaimanapun, masyarakat di Ranau dan Kundasang kini, sudah mempunyai kesedaran kendiri terhadap keperluan vaksin bagi mengekang penularan Covid-19 yang kini masih belum berakhir.
Tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Ranau kelmarin, 4 Ogos (833 orang) dan hari ini 5 Ogos, (785 orang) lagi menerima imunisasi vaksin suntikan dos pertama untuk melindungi diri sendiri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan Covid-19.
Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan daerah Ranau, selaku Pegawai Penyelaras PPV Dewan Masyarakat Ranau, Dr.Edwaider Koimon ketika ditemui menyeru orang ramai yang belum menerima suntikan bagi mengekang jangkitan Covid-19 agar segera mendaftar menerusi aplikasi Mysejahtera dan datang ke PPV di mana sahaja lokasi terdekat.
“Lindung Diri, Lindung semua, “, jelas Dr.Edwaider sambil menasihatkan orang ramai agar terus mengekalkan pematuhan SOP yang disarankan kerajaan meskipun sudah mendapat suntikan dos kedua.