32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Orang ramai dipelawa sertai webinar Yayasan WISDOM, kupas isu pendidikan dalam talian

KOTA KINABALU, 15 Mac – Orang ramai dipelawa untuk mengikuti webinar bertajuk Pemerkasaan Pendidikan: Mengaplikasikan Teknologi dalam Metodologi Pembelajaran Pelajar anjuran Yayasan WISDOM, esok.

Menurut kenyataan yayasan itu, webinar akan berlangsung selama satu jam 30 minit bermula pukul 8.00 malam.

“Sebanyak lima ahli panel yang akan mengupas topik ini. Antaranya ialah Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, Hajah Wanihim Othman; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau; dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Telipok, Dr. Rutil Taising.

“Dua lagi ahli panel terdiri daripada Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, MindAppz, K. Thinesh Kumar; dan Pelajar Pusat GENIUS@Pintar Negara UKM yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 Nimexsionre Sulani,” demikian menurut kenyataan itu di sini, hari ini.

Ujar kenyataan itu, perbincangan dalam webinar memfokuskan tentang trend pendidikan secara dalam talian.

“Pandemik COVID-19 telah mengubah cara pendidikan diajar di sekolah; pandemik ini telah membuka jalan untuk Malaysia menjadi masyarakat digital selaras dengan trend global.

“Peningkatan bilangan pelajar yang memiliki peranti untuk pembelajaran atas talian semakin meningkat, justeru webinar ini membicarakan lebih lanjut bagaimana mengukuhkan kemahiran akademik dan metodologi pembelajaran mereka menggunakan teknologi pada masa kini,” jelas kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, mereka yang ingin mengikuti webinar ini boleh berbuat demikian melalui facebook @myWISDOMF dan @Madiustangau.

Ia juga boleh diikuti menerusi Zoom melalui pautan https://bit.ly/WISDOMZoom_PemerkasaanPendidikan dengan ID 881 2736 7315.

Peserta yang menyertai webinar di Zoom perlu mendaftar terlebih dahulu di https://bit.ly/WISDOMRSVP_PemerkasaanPendidikan.

Peserta yang mengganggu sesi perbincangan dengan tingkah laku tidak sopan akan disingkirkan dan dihalang daripada menyertai aktiviti Yayasan WISDOM pada masa akan datang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN