RANAU: Orang ramai yang berkelayakan dijemput untuk hadir menderma darah di kawasan parking dan perkarangan Pentas Budaya pekan Ranau pada 27 Julai 2024 bermula 8.00 pagi hingga 3.00 petang.
Program dijangka akan dirasmikan Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin antara lain bertujuan mengisi tabung darah Hospital Ranau bagi menampung keperluan darah untuk mereka yang mengalami pendarahan akibat kemalangan, pengidap penyakit kurang darah (Tallesemia) dan ibu-ibu yang bersalin.
Pelbagai acara menarik turut diadakan sepanjang program itu termasuklah, Pertandingan Mewarna kategori kanak-kanak, Pertandingan Melastik, Pertandingan Slow Ride, Gerai Pameran, Pemeriksaan Kesihatan, Pemeriksaan Gigi Percuma, Pameran Motor dan Free Market.
Jawatankuasa penganjur program tersebut mengharapkan kehadiran orang ramai untuk menjayakan program itu yang bertemakan ‘Setitik Darah Penyambung Nyawa’ dan ‘Satu Beg Darah, Mampu Menyelamatkan Tiga Nyawa’.
           Â