29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

OPS Pemantauan Bersepadu dilancar, pastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi.

Oleh: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Pihak berkuasa di sini hari ini melancarkan Operasi Pemantauan Bersepadu (OPB) sebagai langkah drastik untuk mempastikan orang awam patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan, ekoran Covid-19.

Tindakan itu diambil berikutan tinjauan pada hari pertama perintah dilaksanakan mendapati masih ramai orang awam berlegar di pekan temasuk beberapa premis yang sepatutnya diarah tutup tetapi masih beroperasi seperti biasa.

DO Yassin (Tengah) dan Ketua Jabatan, PDRM-DSP.Sammy (ke-6 kiri), MDR- Jaiping(ke-3 kanan), JKNS- Abu Talib (ke-5 kiri) JAPEN-Yaakob (ke-5 kanan), RELA dan yang lain.

Setuasi itu mendapat pelbagai reaksi orang ramai termasuk warga maya sambil mendesak pihak berkuasa mengambil langkah drastik serta tindakan kepada mereka yang masih tidak faham dan ingkar perintah yang telah dikuatkuasakan.

Susulan itu, operasi dilancarkan diketuai Pegawai Daerah Ranau, Yassin Ibrahim, bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan, Majlis Daerah Ranau (MDR), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Penerangan(JAPEN)

Salah seorang pengusaha hotel/penginapan diberi penerangan

Sepanjang OPB bermula jam 2 petang itu, pemilik, pengurus dan pekerja beberapa premis perniagaan termasuk hotel/penginapan dan bank yang masih beroperasi, telah diberikan penerangan, nasihat serta amaran.

Menurut Yassin, kesemua mereka diminta mematuhi segala arahan dikeluarkan kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang kini telah merekodkan dua kematian dalam negara setakat ini.

Pekerja kaunter kedai Serbaneka diberi penerangan

Katanya, antara premis yang diberi perhatian ialah restoran yang dilihat masih menjadi tumpuan orang ramai selain kedai menjual barangan keperluan harian.

“Pelanggan tidak dibenarkan untuk duduk makan di mana-mana premis makanan dan hanya dibenarkan membungkus atau membuat permintaan penghantaran ke tempat masing-masing.

“Kita galakkan pemilik restoran membuat perkhidmatan penghantaran bagi memudahkan orang awam,” katanya ketika ditemui selepas operasi.

Salah seorang Pengurus Bank turut diberikan penerangan

Beliau juga berkata, para pengusaha restoran atau premis perniagaan yang tidak terlibat arahan penutupan diminta mematuhi arahan penjarakan sosial atau ‘social distancing’ sebagai antara langkah selamat bagi menghalang penyebaran  COVID-19.

Selain itu katanya, semua pengusaha hotel dan penginapan digesa untuk mengehadkan perkhidmatan masing-masing dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan yang bermula hari ini hingga 31 Mac depan.

Pengusaha restoran diberi penerangan dan nasihat

Tambahnya, pemantauan akan dilakukan dari masa ke semasa dan mana-mana peniaga yang didapati ingkar arahan bakal berdepan tindakan tegas.

Mengikut Seksyen 11(4) dibaca bersama Seksyen 24(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, hukuman bagi kesalahan itu ialah penjara hingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Sebahagian pasukan Operasi Pemantauan Bersepadu diketuai Pegawai Daerah Ranau turut disertai ketua-ketua jabatan berkenaan

Pada 16 Mac, Perdana Menteri,  Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas mengenai Covid-19 berkata, keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat.

Terdahulu, hasil tinjauan media sekitar  jam 12 tengah hari pada Khmais mendapati, suasana di pekan Ranau selepas masuk hari kedua Perintah dikuatkuasakan, dilihat semakin lengang berbanding hari pertama ianya dilaksanakan.


Lengang…Pasat Besar Ranau

Bagaimanapun, keadaan itu berlaku selepas polis peronda melakulan pemantauan  sekitar pekan kira-kira jam 11 pagi sambil membuat pengumuman menerusi pembesar suara disusuli pemantauan penguatkuasa Majlis Daerah Ranau (MDR). –TAMAT

LENGANG….Sebahagian pekan Ranau hari kedua Perintah





ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN