DUA anggota Bomba dan Penyelamat ketika melakukan pencarian mangsa yang masih hilang, petang Ahad.
LABUAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan bersama beberapa agensi yang terlibat giat melaksanakan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja hilang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di di pantai Sungai Miri dekat Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) di sini, pada Ahad.
Dalam kejadian 2.45 petang itu mangsa yang dikenali sebagai Al Saeif Manahan, 17, dipercayai berenang di pantai berkenaan bersama abang tirinya Al Faiez Rizal Adnan, 23, kira-kira pukul 1 tengah hari.
Bagaimanapun abang tirinya Al Faiz Rizal berjaya diselamatkan dan di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

TABAH… kelihatan salah seorang ahli keluarga mangsa duduk ditepi pantai untuk menanti kepulangan mangsa yang hilang sambil dikawal oleh anggota bomba dan penyelamat
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan yang juga Komanden Operasi Menyelamat dan Mencari, Superitendan Ahmad Jawila berkata, pihak bomba dan penyelamat menerima panggilan kejadian itu pada 2.45 petang dan satu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan ke tempat kejadian.
Jelas beliau bagi melancarkan lagi gerakan mencari dan menyelamat beberpa agensi turut membantu antaranya ermasuklah anggota PDRM, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Zon Labuan (APMM).
“Kita masih lagi meneruskan operasi mencari mangsa yang belum ditemui” katanya.