RIDWAN MOHD TAIB
RANAU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar menoreh getah sejak16Mac lalu disambung esok.
Gerakan mencari yang masuk hari keenam ditangguhkan 5 petang tadi tanpa sebarang petunjuk.
Operasi SAR di kawasan kebun getah
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (KBBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib, berkata operasi pencarian hari ini (Sabtu) radius 5 kilometer meliputi kawasan sawah padi dan kebun getah.
“Setakat 5 petang tadi, mangsa, Mikol Lapon, 68, masih belum ditemui,” katanya kepada Borneo Daily Bulletin dalam kira-kira 7.10 malam sebentar tadi.
Pencarian mangsa di kawasan sungai berhampiran
Menurut Ridwan, operasi hari ini melibatkan 3 anggota bomba, 3 anggota PDRM, 10 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), 20 anggota RELA. Operasi turut disertai 55 orang penduduk kampung.