TELANTAR… seorang lagi penerima sumbangan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau yang disampaikan Daini diperhatikan KAN Jamidi Sayap (kiri).
RANAU: Seramai 14 orang terdiri daripada Orang Kelainan Upaya (OKU), Pesakit Telantar, Warga Emas dan keluarga kurang berkemampuan di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Kundasang, Karanaan dan Paginatan telah menerima sumbangan berupa keperluan dapur Barang Makan (BarMa) berserta wang tunai daripada pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.
Semua sumbangan telah disampaikan Pegawai Perhubungan yang juga Ketua Wanita Parlimen Ranau, Daini Binti Radani dan beberapa staff pejabat Parlimen berkenaan.
Daini yang juga Pengerusi Usahawan Wanita Ranau mewakili Timbalan Menteri dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin menyampaikan sumbangan tersebut mengharapkan sumbangan itu dapat meringakan beban kepada para penerima yang turut terkesan dengan pandemik Covid-19.
Sementara itu ramai penerima yang sempat ditemui masing-masing merakam penghargaan dan terima kasih atas kprihatinan Datuk Jonathan menguhulurkan sumbangan tersebut kepada mereka yang terlibat.
“Saya mewakili penerima sumbangan berterima kasih kepada Datuk Jonathan atas sumbangan yang amat bermakna kepada kami”, jelas salah seorang penerima, Malan Bin Rasiman dari Kg.Timbua yang mengharapkan kepada pemimpin, agensi kerajaan atau NGO yang lain agar mencontohi komitmen Datuk Jonathan yang juga pejuang rakyat.