Banner program 4×4 Challenge Ulu Sugut Ranau.
RANAU: Orang ramai khususnya para peminat sukan cabaran Lasak 4×4 dijemput datang menyaksikan program ‘Off Road Challenge Hardcore dan Amature Challenge’ pada 17-19 Disember 2021 yang akan beraksi di Kg.Wayan Sugut Ranau bermula 8.00 pagi akan dirasmikan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.
Jurucakap penganjurnya memberitahu, seramai 38 peserta dijangka akan menyertai program santai 4×4 itu bersama penggiat Pacuan 4 Roda Sabah, anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi (SRC) Ulu Sugut Ranau, bertujuan memupuk perpaduan dikalangan peserta dengan penduduk setempat.
Program itu juga katanya, sebagai landasan memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan aktiviti lasak sekaligus mengetengahkan kemahiran tersendiri para peserta bagaimana mengendali kenderaan masing-masing dalam keadaan laluan mencabar dengan cara yang cepat dan selamat.
“Kita menjemput orang ramai khususnya para peminat sukan lasak Pacuan 4 Roda yang biasanya hanya dapat disaksikan menerusi siaran Video, TV atau Media Elektronik sahaja”, tambahnya.



