Nur Izza menerima sijil dan wang tunai daripada Zulhimat
RANAU: Nur Izz Zayani Zulhimat, peserta yang mewakili Zon Selatan dan Alif Amjad Kahimin mewakili Zon Kinabalu menjadi juara Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Daerah Ranau (MSSDR) kategori individu perempuan dan lelaki U12 yang berlangsung selama dua hari di Dewan SK. Kamburongoh, baru-baru ini.
Naib Johan dan Tempat Ketiga perempuan U12 dimenangi oleh Alvera Hillary (Zon Timur) dan Nuri Sarina Supin (Zon Utara) manakala lelaki U12, Tempat Kedua dan Ketiga disandang oleh Adree Jay K Lorince (Zon Selatan) dan Muhd. Amirul Syahir (Zon Timur).
Johan kategori perempuan U9 pula dimenangi oleh Lindsay Rivera Robert mewakili Zon Selatan, Tempat Kedua disandang oleh Fifna Satah Jhovlie (Zon Tengah) dan Tempat Ketiga ialah Hannah Umairah (Zon Garas).
Untuk kategori lelaki U9, Tempat Pertama dimenangi oleh Nazmi Afham Ali (Zon Selatan), Tempat Kedua dan Ketiga ialah Ivan Alveridge Rejeh (Zon Tengah) dan Hessler Elip Ryend (Zon Selatan).

Alif…..menerima sijil dan wang tunai disampaikan Ustaz Maisin
Dalam satu lagi pertandingan iaitu kategori berpasukan perempuan, Tempat Pertama ialah Zon Kinabalu, Kedua (Zon Selatan), Ketiga (Zon Utara), Keempat (Zon Tengah) Kelima (Zon Pekan), Keenam (Zon Timur) dan Ketujuh (Zon Garas).
Bagi kategori berpasukan lelaki, Johan dimenangi oleh Zon Kinabalu, Tempat Kedua (Zon Pekan). Ketiga (Zon Timur), Keempat (Zon Selatan), Kelima (Zon Utara), Keenam (Zon Tengah) dan Ketujuh (Zon Garas). Pemenang bagi kategori keseluruhan disandang oleh pasukan dari Zon Kinabalu.
Pengerusi Teknik Catur Daerah, Zulhimat Taip ketika dihubungi media berkata seramai 112 peserta mewakili zon telah menyertai pertandingan tersebut. Ke semua pemenang akan mewakili Daerah Ranau ke peringkat Negeri yang akan berlangsung pada bulan Julai ini di Kota Marudu.