34 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Noor Halim terus kekalkan kelestarian legasi ASB

NOOR HALIM… Ketua Pegawai Eksekutif ASB Sdn. Bhd yang baharu,


LABUAN: Ketua Pegawai Eksekutif Asian Supply Base (ASB) Sdn. Bhd, yang baharu Noor Halim Datuk Zaini akan meneruskan kelangsungan legasi yang ditinggalkan oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Datuk Harris Annuar Tan.


Harris yang berkhidmat dengan syarikat itu sejak 25 tahun lalu bersara wajib pada 22 September lalu.

ASB kekalkan legasi keceremlangan


Noor Halim yang memulakan tugas pada awal Oktober lalu yakin sokongan padu yang diberikan oleh pengurusan dan kakitangan syarikat itu bukan sahaja mampu untuk mengekalkan kelastarian ASB tetap juga memastikan ekonomi syarikat itu terus stabil.


“Saya akan meneruskan kecemerlangan legasi sebelum ini dan yakin dengan sokongan berpasukan yang ditunjukan oleh pihak pengurusan dan kakitangan yang sedia ada, kami pasti ASB terus menjadi antara hab logistik bersepadu yang yang unggul di rantau ini” katanya.


Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar bersama media tempatan di sini, pada Isnin.


Dalam pada itu beliau turut mengariskan beberapa faktot yang menjadi tunggak utama dalam memastikan ekonomi syarikat terus stabil, ini termasuk melaksanakan amalan tadbir urus korporat yang lebih efisyen.

SOKONGAN… Noor Halim bersama pengurusan tertinggi ASB.


“ Dalam waktu yang sama kami juga akan memberi keutamaan kepada tranformasi digital kepada semua jabatan yang sudahpun mula dilaksanakan sejak tiga tahun yang lalu” katanya.


Katanya ASB sebagai hab logistil minyak dan gas akan terus berusaha meningkatkan keberkesanan pelan perniagaan dengan menawarkan perkhidmatan yang fleksibel dan bersepadu bagi membantu kelancaran operasi syarikat yang menjadi pelanggan ASB.


Jelas Noor Halim, ASB juga sedang mengintai peluang pelaburan usaha sama dengan GLC di Sabah dan syarikat swasta lain seperti industri minyak sawit dan getah.

“Untuk terus mampan, ASB akan mempelbagaikan perniagaan terasnya ketika ini ke pelbagai bidang baharu yang berpotensi seperti mengoptimumkan kapasiti kemudahan kami (memajak rumah gudang dan tanah perindustrian) ke sektor minyak sawit dan getah,” katanya.


ASB ketika ini menyediakan perkhidmatan teras iaitu kemudahan pajakan seperti rumah gudang dan membuka kemudahan limbungan, terminal dan pelabuhan, peralatan pengendalian bahan dan perkhidmatan tenaga kerja dan perkhidmatan maritim.


Noor Halim turut memberi jaminan miskipun keadaan semasa sektor minyak dan gas yang tidak menentu, namun keseluruhan 1,200 kakitangan syarikatnya masih kekal dan menikmati gaji seperti biasa tanpa sebarang perubahan.
TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN