26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Niat yang baik dan ikhlas pasti ada hikmah: Jahid Jahim

PARA Penerima bantuan bergambar bersama Jahid dan barisan penganjur.

TUARAN: Sesuatu perbuatan dengan niat yang baik dan ikhlas pasti akan mendapat keberkatan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, apabila seseorang melakukan sesuatu dengan hati yang ikhlas, maka semua urusannya pasti akan dipermudahkan dan diberkati Tuhan.

“Sesungguhnya setiap orang akan beroleh balasan yang baik berdasarkan niat sucinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Infaq Ramadan ‘Menyantuni Golongan Asnaf’, di Masjid Kampung Betutai, dekat sini hari ini.

Program merupakan anjuran Syukbah Hal Ehwal Wanita dan Kemasyarakatan (SHEW) Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah Tuaran (PERKIPS) dan Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Turut hadir Pengerusi Penganjur yang juga Pengerusi SHEW Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Dr Hjh Suzain Suhaimi, Pengurus Besar Telekom Malaysia (TM) Sabah merangkap Yang Dipertua Badan Kebajikan Telekom (BAKIT), Dato’ Mohd Sainal Mohd Amin, Pengerusi Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS) Cawangan Tuaran, yang juga penganjur bersama program, Hj Tasim Hj Taim, dan Ketua Kampung Kg Betutai, Malin Antamin.

“Kita sendiri melihat, niat murni mereka adalah untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan, maka hari ini Allah telah permudahkan semuanya,” ujar beliau.

Jahid, yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, berkata, SHEW merupakan ‘role model’ atau contoh kepada mana-mana badan atau NGO lain, dan kerajaan menghargai usaha murni tersebut.

“Dengan adanya program seperti ini, mana-mana yang terpinggir, tertinggal dan mungkin tidak sempat disantuni dalam daerah ini akan dapat kita dekati,” katanya.

Justeru, beliau menyeru kepada semua yang hadir agar meneruskan amalan saling menyantuni, kasih sayang dan saling maaf-memaafkan sepanjang bulan Ramadan.

“Bagi pihak penerima, saya ingin mengucapkan  terima kasih kepada penganjur dan kepada penerima, terimalah sumbangan ini dengan hati terbuka, kita doakan agar seluruh jawatankuasa penganjur akan mendapat keberkatan dari yang Maha Kuasa,”.

Terdahulu, Dr Hjh Suzain berkata, aktiviti itu merupakan program tahunan mereka setiap kali bulan Ramadan untuk mengeratkan ukhuwah sesama umat Islam. 

Mengiringi Jahid ialah Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Kecil Tamparuli/Kiulu, Ustaz Suffian Kundu, Pegawai Khas Kepada Adun Tamparuli (Hal Ehwal Agama Islam), Joslan Apak @ Abdullah, Setiausaha Perhubungan Awam, Romeo Sindeh dan Presiden Kelab Penyokong Datuk Jahid Jahim, Junaidi Azamain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN