Robert memyampaikan buah tangan kepada salah seorang penderma darah.
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyeru agar badan-badan NGO tampil untuk menganjurkan program derma darah bagi membantu tabung darah Hospital Daerah Keningau.
Katanya, selain dapat memupuk nilai murni dalam diri program derma darah juga menjadi sebagai tanggungjawab sosial.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian semasa
menghadiri Program Derma Darah Sri 3 bertempat di Anjung Pisompuruan Kampung Merampong Bingkor hari ini.
Program tersebut dianjurkan bersama JPKK Kampung Merampong, Gabungan KRT Merampong, Kelab Belia Merampong dan Kelab Komuniti Merampong dengan kerjasama Unit Transfusi Darah Hospital Daerah Keningau.
Robert menyifatkan program derma darah tersebut merupakan satu amalan yang mulia kerana kerana darah yang didermakan boleh menyelamatkan nyawa seseorang yang memerlukannya.
Sehubungan dengan ini beliau mengucapkan tahniah kepada penganjur atas daya usaha menganjurkan program tersebut.
Beliau seterusnya merakamkan terima kasih kepada masyarakat khususnya para penderma yang secara sukarela menderma darah pada program tersebut yang berjaya 22 pain darah.
Setiap penderma darah pada program itu masing-masing menerima sekampit beras dan bakul makanan sebagai buah tangan daripada Robert.
Turut hadir di program itu ialah Encik Rafie Robert, Naib Ketua ARMADA Negeri Sabah yang juga Ketua ARMADA Keningau Rafie Robert, Staf ADUN N.40 Bingkor dan Staf UPPM N.40 Bingkor.