RITHUAN ketika ditemui media selepas majlis penyerahan sumbangan beras oleh Persatuan Pengurusan Tokong Feng Huang Shan Ba Xian Miao Jiu Huang Da Dim di sini, pagi ini.
LABUAN: Badan Bukan kerajaan (NGO) mahupun individu yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa COVID 19 supaya menyalurkan sumbangan mereka kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan bukannya terus kepada penerima.
Perkara itu dijelaskan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail ketika ditemui media pada majlis penyerahan sumbangan 450 kampit beras oleh Persatuan Pengurusan Tokong Feng Huang Shan Ba Xian Miao Jiu Huang Da Di kepada PKOB Wilayah Persekutuan Labuan, di sini, pagi ini.
Beliau yang mewakili Pengerusi PKOB, Dr. Fary Akmal Osman berkata, ia bagi mengelakkan penyebaran pendamik COVID 19 dikalangan penerima mahupun penyumbang.
“Kita faham niat semua NGO dan Persatuan yang ingin menyumbang bagi membantu meringankan beban mangsa COVID 19, namun pada masa yang sama Prosedur Operasi Standart (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dilaksanakan di Labuan perlu di patuhi kerana kita tidak mahu penularan wabak ini semakin meningkat.
“Kegagalan NGO mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan boleh menjadi punca penyebaran pendamik COVID 19 meningkat” katanya.
Jelasnya, pihak PKOB sentiasa mengalu-alukan NGO mahupun persatuan atau individu untuk memberi sumbangan bagi membantu penduduk Labuan yang terjejas akibat COVID 19, setiap sumbangan itu akan direkodkan dan akan disampaikan melalui agensi penyelaras bantuan makanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurut Rithuan sehingga kini seramai 42 keluarga melibatkan 18 buah kampung termasuk kawasan bandar yang terjejas COVID 19 menerima bantuan kit makanan.