KOTA KINABALU : Negeri Sabah perlu dibangunkan lebih banyak pusat pelancongan berkonsep perikanan laut dan sungai kerana separuh dari kawasan ini dikelilingi perairan yang luas serta ekosistem air yang unik untuk menarik pelancong dalam dan luar negara.
Pengerusi Koporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan), Kong Soon Choi berkata terdapat pelbagai potensi pelancongan perikanan laut dan sungai yang boleh dimajukan untuk menggalak kemasukan pelancong ke negeri ini khsusunya dikawasan di Pantai Timur Sabah.
“Kementerian Pelancongan Negeri Sabah dengan kolobarasi bersama Kementerian Pelancongan Pusat disarankan untuk meneroka potensi pelancongan ini kerana negeri Sabah begitu luas dengan kawasan peraiaran laut dan sungai. Bayangkan jika daerah Beluran, Kinabatangan dan Paitan dibangunkan dengan loaksi pelancongan bercirikan ternakan udang galah, sudah tentu daerah berkenaan akan dikenali ramai pihak termasuk para pelancong luar negara”. Katanya.
Menurutnya, walaupun beberapa pulau yang terletak di Pantai Timur Sabah menawarkan pakej aktiviti seperti menyelam di dasar laut untuk meneroka hidupan marin, namun ianya perlu diperluaskan dengan menambah beberapa aktiviti lain seperti kawasan penternakan ikan dalam sangkar, makmal kajian perikanan serta kilang-kilang pemprosesan hasil laut.
Beliau turut yakin fasiliti pelancongan itu bakal merancakkan ekonomi negeri ditambah dengan usaha syarikat penerbangan AirAsia yang menambah 11 lagi penerbangan antarabangsa dari negara-negara Asia terkenal seperti Shanghai, Singapore, Manila, Taipei, Hong Kong, Guangzhou, Shenzhen, Wuhan, Beijing, Hangzhou, dan Jakarta.
“Dalam masa sama, saya selaku Pengerusi ko-Nelayan Sabah juga akan mempastikan organisasi kami akan berusaha memperbanyakkan lagi produk keluaran berasaskan perikanan untuk sama-sama menyumbang kearah meningkatkan pendapatan negeri Sabah”. Jelasnya.
Kong turut menyatakan, Ko-Nelayan Sabah juga dalam perancangan untuk mewujudkan sebuah Pusat Akuarium seperti yang terdapat di KLCC Kuala Lumpur dan cadangan itu masih diperingkat penilaian bagi mengenalpasti tapak yang sesuai serta kos-kos terlibat.