33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Nasib Penduduk Tejejas PKP Terus Dibantu

FOTO: Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Lajim Haji Momin (Kanan) menyampaikan sumbangan (BaMa), kepada penerima dari Kg.Kipaliu.

RANAU: Nasib penduduk daerah ini  yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu terus mendapat perhatian Ahli Parlimen di sini, Jonathan Yassin.

Baru-baru ini, sebanyak 109 lagi keluarga dari sembilan buah kampung dalam kawasan Parlimen Ranau telah menerima sumbangan berupa Barang Makanan (BarMa).

Agihan sumbangan kali ini melibatkan  Kg.Patau(11orang), Kg.Batu 9 Jalan Sandakan (6 orang),  Kg.Pinawantai (18 orang), Kg.Togop Laut (4 orang), Kg.Pasir Putih(27 orang), Kg.Kanawahon(8 orang), Kg.Libang (7 orang), Kg.Kinaratuan (21 orang ) dan Kg.Kipaliu (1 orang).

(1)-Ketua Adat Kg.Kinaratuan, Rozlan Asun  mewakili penduduk menerima sumbangan disampaikan Donny.
(2)-Moris  Majangki (Kiri) menyampaikan bantuan kepada Madran Sanif mewakili penduduk Kg.Batu 9 Jalan Sandakan
.

Jonathan ketika dihubungi media memberitahu, para penerima bantuan  adalah mereka yang dikenalpasti terjejas dengan arahan PKP terutama mereka yang tidak berkemampuan, ibu-ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pesakit telantar.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri II mengharapkan sumbangan berupa makanan keperluan dapur itu dapat meringankan beban mereka sepanjang PKP.

(1)- Dius Subin(Kanan)menyampaikan kepada Lawrence mewakili penduduk Kg.Pasir Putih.
(2)-Salah seorang penduduk menerima bantuhan disampaikan Missi (Staff Parlimen Ranau).

“Saya juga menyeru orang ramai supaya terus mematuhi PKP yang sedang dikuat-kuasakan kerajaan demi kebaikan semua pihak.

“Patuhi arahan,’Stay At Home’ (diam di rumah), jaga kesihatan diri, gunakan alat penutup hidung dan mulut  kerap membasuh tangan dengan sabun (Sanitizer) dan jarakkan  diri sekurang-kurangnya 1 meter dengan orang lain,” saran Jonathan.  –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN