Nasib ibu tunggal dibela di DUN Tandek
Hendrus Anding (tiga, kiri) bersama penduduk kampung ketika mengadakan gotong-royong membaiki rumah seorang ibu tunggal di kampung Kotud, Kota Marudu.
Oleh: Celestina U. Buandi
▪︎
KOTA MARUDU, 26 April 2021: Nasib seorang ibu tunggal dibela oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang berasal dari kampung Kotud Kota Marudu, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Hendrus Anding menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan GRS di atas keperihatinan yang diberikan melalui program bantuan E-kasih kepada ibu tunggal berkenaan dan kini memiliki sebuah rumah yang lebih selesa untuk didiami bersama dengan anak-anak beliau.
Menurut Maili Maslan, dia dan tiga orang anaknya terpaksa bersesak dalam rumah yang sangat kecil ruangnya, dan ketika hujan, air akan memasuki rumah disebabkan atap yang bocor. Dia berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan bantuan rumah kepada mereka sekeluarga.
“Saya sangat gembira dan bersyukur kerana masalah rakyat dapat diselesaikan dengan kadar yang segera dan saya turut bersimpati dengan keadaan rumah yang didiami sebelum ini amatlah daif”, kata Hendrus.
Pembinaan rumah ini adalah inisiatif beranak-ramai secara bergotong- royong dengan penduduk Tandek.
Hendrus yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, pendekatan gotong-royong ini adalah bersifat serampang 2 mata iaitu menyelesaikan masalah dengan cepat serta dapat mengeratkan silaturahim antara pemimpin dengan rakyat malahan sesama penduduk setempat.
“Kita juga dapat mendengar masalah rakyat yang lain apabila kita duduk berbuka-bual dengan mereka sepanjang gotong-royong diadakan.
Sistem gotong-royong adalah antara pendekatan yang memberi impak tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.
Dalam pada masa yang sama, gotong-royong tersebut juga melibatkan pembersihan dan pembaikan empangan graviti kampung dalam DUN berkenaan.