23 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 1, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Naik Taraf Kompleks Sukan Labuan bernilai RM 21 juta kini siap 50 peratus

Mohd Faizul secara simbolik menyerahkan Perakuan Pendudukan Separa Blok Dewan dan Blok Pentabiran yang siap sepenuhnya kepads Datuk Tr. Dr. Nagulendran sambil disaksikan Mordi (tengah) Azura (dua dari kanan) dan Mahanum (kanan sekali).

LABUAN; Projek menaik taraf Kompleks Sukan Labuan yang mula di bina pada tahun 2021 dengan kos bernilai RM 21 juta sedang giat dilaksanakan dan kini 50 peratus telahpun siap sepenuhnya.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bomil berkata, projek yang dibina semasa negara dilanda Pendemik COVID 19 menghadapi pelbagai cabaran menyebabkan projek ini tidak dapat disiapkan mengikut jadual.

“Namun demikian hasil pemantauan yang berkesan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan kerja kerja menaik taraf kompleks ini telah mencapai 50 peratus siap sepenuhnya”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau dan mendengar taklimat projek berkenaan daripada Pengarah JKR Labuan Mohd Faizul Ali Hanapiah, pada Jumaat.

Jelasnya, antara kemudahan yang telahpun siap sepenuhnya termasuklah Bangunan Dewan, Pejabat Pentadbiran, Gelanggang Tenis, Gelanggang Badminton serta Sistem Lampu Jalan.

Mordi yakin dengan siap sepenuhnya projek menaik taraf kompleks ini kelak, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada atlet sukan dan warga Labuan, tetapi juga memperkasa pembangunan belia dan sukan dengan penyediaan kemudahan dan fasiliti yang lengkap dan kondusif.

Pada majlis itu beliu turut menyaksikan Majlis Perakuan Pendudukan Separa Blok Dewan dan Blok Pentadbiran serta infrastruktur berkaitan yang telah siap sepenuhnya daripada JKR Labuan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Ts. Dr. Nagulendran Kanagayatkarasu, Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan, Azura Abidin dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Mahanum Fauzi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN