SIMBOLIK… Simsudin mewakili Anifah (dua dari kiri melepaskan anak ikan (Kerapu) ke dalam akuarium sambil diperhatiakn Othman (tiga dari kiri), Razaimi (kiri sekali) dan Muhammad (dua dari kanan)
Labuan: Muzium Marin Labuan terus komited untuk memelihara dan mempromosikan warisan marin yang menawarkan perspektik unik sejarah arkelogi dan membudayakan ekosistem marin negara.
Pengerusi Perbadanan Labuan, Tan Sri Anifah Aman berkata, penubuhan Muzium Marin Labuan bukan sahaja sebagai pusat biodiversiti hidupan marin untuk tatapan generasi masa akan datang tetapi juga sebagai platfom untuk berkumpul bagi mengingatkan akan cabaran ganguan ekosistem alam seperti ancaman perubahan iklim dan ancaman penerokaan secara berterusan.
“Justeru itu marilah kita sama sama menyahut dan memikul tanggungjawab sebagai penjaga lautan bagi memastikan generasi akan datang mendapat manfaat daripada usaha kecil dengan menyediakan ganjaran yang besar buat mereka iaitu lautan yang selamat dan kaya dengan hidupan marin.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan ProgramSemarak@ Muzium Marin Labuan 2023 yang diadakan di Plaza Berpayung Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, pada Sabtu.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya, Simsudin Sidek.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dato’ Dr Othman Che Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah Permuziuman, Jabatan Muzium Negara, Razaimi Hamat dan Pengarah Muzium Labuan, Muhammad Azam Adnan.
Anifah yang juga Ahli Dewan Negara turut menyeu agar setiap masyarakat tanpa mengira latar belakang memainkan peranan untuk memastikan kelestarian hidupan marin diperairan negara ini terus terpelihara.
Program Semarak@Muzium Marin yang dianjurkan oleh Muzium Marin Labuan sempena sambutan ulang tahun Muzium Marin Labuan yang ke 20 bertemakan ‘Masa Depan Marin: Kita Teroka, Kita Jaga’.
Program yang berlangsung selama dua hari itu turut menyediakan pelbagai pengisian yang menarik penyertaan orang ramai antaranya Larian Santai Uniti 10km dan 5 km, pertandingan memasak spesimen Marin, aktiviti mewarna kanak-kanak, zumba dan kamera swafoto serta aktiviti Beach Clean Up.