SIMBOLIK…Simsudin ketika merasmikan secara simbolik Seminar Penyelidikan Biodiversiti Marin Borneo 2024.
LABUAN:Muzium Marin Labuan dengan kerjasama Muzium Marin Labuan menganjurkan Seminar Penyelidikan Biodiversiti Marin Borneo 2024 yang diadakan di sini, pada Sabtu lalu.
Seminar yang dihadiri oleh pemimpin masyarakat, pejawat awam dan pertubuhan itu telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.
Pengarah Muzium Labuan, Muhammad Azam Adnan berkata, seminar tersebut merupakan antara program Signature Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama strategik ahli ahli akademik, penyedik dan kumpulan professional untuk berkongsi ilmu kepakaran, idea dan hasil Penyelidikan kepada masyarakat.
Selain itu katanya seminar ini juga merupakan satu inisiatif untuk memelihara dan mendokumentasikan warisan alam marin dan bidang Marine Biology serta penjagaan ikan, terumbu karang dan lain lain Teknikal berkenaan penjagaan akurium air masin.
“Seminar ini juga secara tidak langsung menonjolkan fungsi Muzium kepada masyarakat sebagai pusat pendidikan tidak formal” katanya.
Seminar sehari tu membawakan dua topik iaitu “Kepentingan Biodiversiti Marin di Kawasan Terumbu Karang” yang disampaikan oleh Pensyarah Kanan Institut Penyelidikan Marin Borneo Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Mohd Akmal Mohd Khodzori dan “Potensi Akuakultur” yang disampaikan Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Inovasi Institut Penyelidikan Marin Borneo Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr. Mohammad Tamrin Mohamad Lal.
Sementara itu, Simsudin berkata seminar yang dianjurkan oleh Muzium Labuan ini bukan saja dapat meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan menjaga alam marin tetapi juga memperkenalkan Penyelidikan Marin Borneo kepada generasi muda.