31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MUTIARA GRS ZIARAHI 9 PESAKIT DI DUN PAGINATAN

Abidin turut menyampaikan bantuan wang kepada Dihol selepas menerima kerusi roda daripada Florence

RANAU : Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) telah mengadakan Program Ziarah Kasih ke Kampung Kapangian, Suminimpod, Gana-Gana, Nalapak, Kebuh Baru, Randagong dan Poring baru-baru ini.

Program tersebut yang diketuai oleh isteri Ahli Dewan Undangan (ADUN) Paginatan, Datin Florence Malangkig turut disertai Ketua Wiranata STAR Paginatan Winek Yuni, Setiausaha STAR Paginatan Juis Konsuling, Pemaju Mukim Nalapak Hilary Salmoen dan Pemaju Mukim Suminimpod Sibin Keidau.

Florence ketika ditemui media berkata, ke semua pesakit yang diziarahi ialah Dihol Gamalid yang mengidap penyakit strok, Saihing Dambul (strok), Simun Sator (strok), Mary Maglinda (OKU), Timuti @ Muteh Kuntebon (darah tinggi/Jantung), Lamisin Gogok (masalah otot), Naning Bengkirang (strok), Yimih Bayoh (strok) dan Sobry Ahmad (kencing manis/buah pinggang).

Antara bantuan yang disampaikan kepada pesakit ialah Wheel Chair, Ripple Buble Mattress, Walking Frame, barang makanan, wang dan lain-lain.

Salah seorang pesakit yang menerima bantuan Wheel Chair, Dihol Gamalid 86, berkata “ Saya telah mengalami penyakit darah tinggi sejak 5 tahun yang lalu. Dalam bulan Disember 2021, tiba-tiba saya mendapat strok seluruh badan dan tidak lagi mampu berjalan. Dengan adanya kerusi roda ini sekurang-kurangnya saya boleh dibawa ke luar untuk meringankan tekanan penyakit ini. Saya sangat terharu sekali.” katanya.

Menurut Florence, pihaknya sentiasa menyambut baik program kebajikan ini sejajar dengan saranan dan galakan Ketua Menteri Sabah selaku Penasihat MUTIARA GRS, Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang inginkan semua isteri wakil rakyat turun padang bagi melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan.

Turut bersama menyampaikan bantuan kebajikan ialah Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N38 Paginatan, Yang Berhormat Datuk Abidin Madingkir.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN