28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Muslimah Kampung Pohon Batu dalami ilmu Fardhu Ain

Gambar: KAUM…. muslimah yang menghadiri Kelas Fardhu Ain dan Al-Quran di Masjid Al-Munawwar, Kampung Pohon Batu pada Ahad lalu.

LABUAN: Seramai 25 wanita    Kampung Pohon Batu telah mengikuti Kelas Fardhu Ain dan Al-Quran di Masjid Al-Munawwar, Kampung Pohon Batu pada Ahad lalu.

Ketua Biro Wanita (Muslimah Al Munawwar), Hajah Niswati Tarji berkata program setiap minggu itu dihadiri pelbagai golongan wanita dari Kampung Pohon Batu dan kawasan sekitarnya.

Beliau berkata, program tersebut dikendalikan Ustazah Azliena Md Nor yang merupakan tenaga pengajar dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan yang merupakan guru Takmir.

Jelas Niswati, objektif program tersebut ialah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua muslimat mempelajari, memperbaiki dan mengetahui cara membaca Al Quran dengan Tajwid Mahraj yang betul.

“Ia juga untuk membuka ruang untuk mempelajari Fardhu Ain dengan lebih mendalam,”katanya.

Menurut Niswati lagi , program anjuran Biro Wanita (Muslimah Al Munawwar) itu diharap dapat menambah ilmu kepada kaum wanita di Kampung Pohon Batu dan kawasan sekitarnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN