25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MSWP serah bantuan RM70,000 kepada 25 badan sukan Labuan

SIMBOLIK….Nik Ahmad Zahiruddin menyerahkan  mok check bernilai RM70,000 kepada Rithuan sebagai simbolik penyerahan Bantuan Madani kepada  badan sukan disaksikan Simsudin (tengah)

LABUAN: Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) menyampaikan Bantuan Madani  berjumlah RM70,000 kepada 25 badan sukan yang berdaftar dan aktif di pulau bebas cukai ini bagi tahun 2023.

Majlis penyampaian bantuan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek mewakili Pengerusi Perbadanan Labuan, Tan Sri Anifah Aman yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pagi Sabtu.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail, Pengarah MSWP, Nik Ahmad Zahiruddin Nik Salleh dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan, Mohammad Syahffie Haji Japril.

Pengarah MSWP, Nik Ahmad ketika ditemui media berkata, bantuan itu  bertujuan untuk membantu melancarkan operasi pengurusan dan pentadbiran badan sukan di bawah Wilayah Persekutuan termasuk Labuan.

Katanya,  setiap badan tersebut masing masing menerima antara RM2,000 hingga RM,4000.

“Sebelum ini MSWP telahpun menyalurkan Bantuan Madani sebanyak RM278,000 kepada 83 badan sukan yang aktif di Kuala Lumpur dan Putrajay”. Katanya.

Sementara itu, Simsudin  dalam ucapannya berkata MSWP buat julung kalinya memperkenalkan Anugerah Penerafan Bintang Badan Sukan Wilayah Persekutuan.

“Anugerah itu menjadi makanisme  untuk menilai dan mengukur badan sukan di pulau ini… ia juga selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1977” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN