29 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

MSS SK Tungou: Rumah Kuning Ungguli Saingan Olahraga Tahunan

Antara peserta kejohanan MSS SK.Tungou merakam gambar bersama Mohd.Hafiz,  Guru-guru AJK pengelola kejohanan dan ibu bapa(PIBG).

RANAU: Pasukan Rumah Kuning muncul juara keseluruhan Kejohanan Tahunan Sukan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sekolah Kebangsaan Tungou selepas mendominasi saingan yang berlangsung di padang sekolah itu baru-baru ini.

Rumah Kuning mengumpul 8 pingat emas, 7 perak dan 6 gangsa, sekali gus menewaskan Rumah Merah yang meraih 5 emas, 3 perak dan 3 gangsa untuk menduduki tempat naib johan, manakala Rumah Biru di tempat ketiga dengan 3 emas dan 7 gangsa.

Kejohanan edisi keempat itu dirasmikan Guru Besar SK Tungou, Mohd Hafiz Stephen Abdullah, yang turut disaksikan lebih 100 ibu bapa, murid, Jawatankuasa PIBG serta guru-guru sekolah.

Dalam acara individu, Muhammad Hamri dinobatkan sebagai Olahragawan selepas mengutip 4 emas, 2 perak dan 2 gangsa, manakala Qisya Adwa Hasrin diumumkan sebagai Olahragawati dengan pencapaian 4 emas dan 2 perak.

Mohd.Hafiz ketika berucap merasmikan kejohanan sukan olahtaga peringkat  MSS SK.Tungou Ranau



Mohd Hafiz dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada guru-guru serta sokongan padu ibu bapa dan PIBG yang memastikan penganjuran kejohanan berjalan lancar.

“Tanpa kerjasama bersepadu semua pihak, matlamat kejohanan sukar dicapai,” katanya sambil menegaskan komitmen sekolah untuk terus melangkah ke hadapan selaras dengan semangat Kata Murni, ‘SK Tungou Ceria Gemilang Melangkah Ke Hadapan’.



Beliau berkata, penganjuran sukan seperti itu bukan sahaja mencungkil bakat atlet untuk mewakili SK Tungou ke Kejohanan MSS Peringkat Zon Selatan yang dijangka berlangsung di Kompleks Sukan Ranau awal tahun depan, tetapi juga membantu membentuk murid yang berdisiplin dan bersahsiah tinggi.

“Kejohanan ini mampu melahirkan lebih ramai atlet berbakat serta mengangkat SK Tungou sebagai sekolah yang melahirkan murid berkebolehan dalam aspek kokurikulum dan kurikulum,” katanya.




ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN