33 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MRS mula kuatkuasakan operasi pelesenan   bagi sebarang bentuk muzik pada 1 September ini.

ASMIN (tengah) bersama Lembaga Pengarah MRS, Justin Juani (kiri) dan Mohd.Ashraf Abdullah (kanan) mengabadikan gambar bersama sijil pengisytiharan MRS sebagai sebuah badan pelesenan lagu, lirik dan muzik etnik tempatan Sabah dan Labuan yang diterima pada Januari

LABUAN: Music Right Sabah (MRS) Bhd yang diiktiraf  oleh kerajaan sebagai badan pelesenan muzik akan memulakan operasi pelesenan bagi sebarang  bentuk kepenggunaan lagu, lirik dan muzik etnik tempatan dalam semua acara atau majlis, outlet / premis serta new media (stesen radio tempatan utama) di Sabah dan Labuan bermula 1 September 2022.

Menurut Pengarah Urusan MRS, Asmin Mudin, selaras dengan Akta Hak Cipta1987 serta pengiktirafan MRS sebagai badan pelesenan hak cipta bagi lagu, lirik dan muzik etnik tempatan Sabah termasuk  Labuan sejak Januari 2022, bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan oleh seluruh ahlinya.

“Setakat ini, kita ada lebih daripada 600 ahli dengan7,000 lebih buah karya (lagu) yang berdaftar dengan MRS di seluruh negeri Sabah dan Labuan.

“Lagu-lagu pelbagai bahasa ini adalah dikumpulkan dalam kalangan komposer, pencipta lirik, penggubah muzik, penyanyi, pemuzik, pembikin video serta pemilik studio rakaman.” Katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Jelasnya, notis pemberitahuan  berkaitan pengoperasian  telahpun dimaklumkan lebih awal kepada semua pengguna supaya mereka  lebih bersedia dengan perkembangan  terbaru ini.

“Ramai bakal pengguna bertanya adakah acara-acara di kampung-kampung juga dikenakan lesen? Jawapannya tidak. Hanya acara-acara ditempat komersial dan ada aktiviti perniagaan sahaja terlibat. Lagipun kadar tarif lesen itu murah sahaja,”katanya.

Asmin berkata, MRS akan memulakan aktiviti pelesenan ini di dunia off-line dahulu, ini kerana memandangkan Sabah dan Labuan ketinggalan 34 tahun berbanding semenanjung dan luar  negara.

Jelasnya lagi, operasi ini juga akan dijalankan secara berperingkat, dengan memberi fokus kepada acara-acara besar, outlet / premis di kawasan yang majoritinya penduduk etnik tempatan serta radio-radio stesen tempatan yang utama terlebih dahulu.

Selepas selesai fasa ‘meminta restu’ daripada kerajaan Negeri Sabah, kini MRS akan meneruskan aktiviti kesedaran kepada para pengguna di wilayah Sabah dan Labuan berkaitan hak cipta royalty lagu, lirik dan muzik etnik tempatan, sebelum memulakan operasi pelesenan secara rasmi bermula 1 September ini.

Justeru, beliau menggalakkan pengguna yang berkaitan supaya memohon lesen kepenggunaan lagu, lirik dan muzik etnik tempatan melalui MRS di talian 011-36810701 atau 011-26830701.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN