27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MPM sumbang 300 bakul makanan bernilai RM30,000.

SUMBANGAN…. Ijal (dua kanan) bagi pihak MPM menyerahkan bakul makanan kepada Ansharey.


LABUAN: Syarikat Pengendali Pelabuhan Dermaga Labuan, Megah Port Management (MPM) Sdn. Bhd. menyerahkan sumbangan sebanyak 300 bakul makanan bernilai RM30,000 kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan selaku Jawatankuasa Penyelaras Bantuan Makanan COVID 19 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.


Turut membuat sumbangan peribadi ialah Pengarah Urusan syarikat itu, Dato’ Patrick Tiong yang menyumbang sebanyak 100 bakul makanan bernilai RM10,000.

SERAH…. Khalithasan a/l Raman (dua kiri) mewakili Dato’ Patrick menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada Ansharey.


Majlis penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, MPM Sdn. Bhd, Ijal Tahir kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, Ansharey Matarsad di Pusat Pengumpulan Bantuan Makanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pada Jumaat.


Manakala sumbangan peribadi Dato’ Patrick disampaikan oleh wakilnya Khalithasan a/l Raman.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN