27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MPM Sdn Bhd & JAS anjur Program Kotingensi Tumpahan Minyak.

MoU ….Pactrik bertukar tukar dokumen dengan sambil di saksikan Suhaili (tengah) pada Program Kotingensi Tumpahan Minyak.

LABUAN: Megah Port Management (MPM) Sdn.Bhd. dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) menganjurkan Program Kotingensi Tumpahan Minyak sempena Hari Ozon Sedunia, pagi kelmarin.

Program   yang diadakan di Premis MPM Sdn. Bhd,itu  telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh MPM Sdn.Bhd. program yang julung kalinya diadakan itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran Dan kesiapsiagaan terhadap insiden Tumpahan Minyak yang boleh memberi kesana serius terhadap alam sekitar.

Jelas kenyataan itu program tersebut menyaksikan peglibatan pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Laut yang masing masing berkongsi pelan kotingensi mereka dalam menangani  tumpahan minyak.

Kerjasama erat antara agensi-agensi itu  amatlah penting untuk memastikan tindakan segera dan berkesan dapat diambil sekiranya berlaku sebarang insiden.

Antara pengisian utama program tersebut ialah majlis menandatangani  perjanjian persefahaman (MoU) antara Megah Port Management dengan Jabatan Alam Sekitar.

Pada majlis itu, Ketua Pegawai Operasi Megah Port Management, Datuk Sri Pactrik Tiong menandatangani perjanjian itu mewakili Megah Port Management dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Wilayah Persekutuan Labuan, Zulfadli Zakaria bagi pihak JAS.

MoU itu turut menekankan komitmen kedua dua pihak dalam usaha melindungi alam sekitar membabitkan daratan dan juga diperairan.

Perjanjian itu juga secara tidak langsung telah mengukuhkan kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta dalam usaha menjaga kelestarian alam Sekitar di Labuan.

Sementara itu Suhaili dalam ucapan perasmian nya menegaskan betapa pentingnya program seumpama ini dianjurkan secara berskala dengan penglibatan pemain pemain industri Minyak dan gas utama seperti PETRONAS, Asian Supply Base, Labuan Shipyard dan syarikat syarikat multinational yang lain.

Suhaili  berharap agar program seperti ini dapat dijadikan platform untuk meningkatkan kerjasama antara pihak industri Dan agensi agensi kerajaan dalam usaha melindungi alam sekitar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN