25 C
Kota Kinabalu
Selasa, November 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MP Ranau turut serta jayakan gotong-royong pulihkan bekalan air graviti Kg.Sumbilingon

Gambar Atas – Jonathan (empat kanan) melakukan gimik perasmian air paip graviti di Gereja SIB Kg. Sumbilingon Ranau diperhatikan yang lain.

RANAU: Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia, Datuk Jonathan Yasin ‘Turun Padang’ menjayakan program gotong-royong menyambung paip poly ke tadahan air di Kg. Sumbilingon di sini, baru-baru ini.

Program yang melibatkan 52 orang penduduk itu, diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Kg. Sumbilingon, Jirin Awis yang telah menerima sumbangan dana 20 ribu dan 30 gulung paip poly.

Kerja-kerja menarik paip poly

Program itu juga mendapat kerjasama daripada pasukan sukarelawan kakitangan Pejabat Parlimen Ranau.

Sementara itu, Jonathan Ahli Parlimen Ranau, dalam ucapannya berterima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan gotong-royong itu khusunya penduduk kampung.

“Saya harap bantuan paip poly ini dapat memulihkan bekalan air graviti Kg Sumbilingon.

“Justeru, manfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disalurkan kerajaan untuk kemudahan penduduk kampung,” katanya.

SYUKUR…

Dalam pada itu, Jonathan juga bercadang untuk membina sebuah Dewan Mini Kg. Sumbilingon pada tahun depan.

“Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan, kata Jonathan yang seterusnya melakukan simbolik perasmian air paip menuju ke Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kg.Sumbilingon

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN