25.5 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MP Ranau teruskan misi hantar bantuan prihatin

Oleh: Salwah Aramat.

KUNDASANG : Sebanyak 6 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang dan DUN Karanaan menerima bantuan dari Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jonathan Yasin.

Antara kampung terlibat ialah Kg. Gondohon 39 orang, Kg. Siba 55 orang dan 33 penerima dari Kg. Sokid Bundu Tuhan dan 3 buah kampung lagi dari kawasan DUN Karanaan iaitu Kg. Lipantai seramai 23 orang penerima, Kg. Puru-Puru 11 orang dan Kg. Kimolohing 40 orang, menjadikan bilangan keseluruhan seramai 150 orang.

Louis menyampaikan sumbangan kepada salah seorang wakil penerima bantuan diperhatikan Jonathan (kanan), Husin (kiri), Lajim (dua kiri) dan seorang yang lain.

Bantuan yang dihulurkan itu, berupa keperluan barangan dapur bagi meringankan beban penduduk yang dikenalpasti terkesan dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan Covid-19 ketika ini.

Para penerima terdiri dari golongan miskin Tegar, Warga Emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), Orang Sakit dan Ibu Tunggal. Sumbangan itu telah disampaikan oleh wakil-wakil kakitangan Pejabat Perhubungan Parlimen P.179 Ranau (PPPPR).

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau, melalui wakil beliau turut berpesan agar para penduduk sentiasa mematuhi arahan PKP demi mengelakkan diri dari jangkitan Covid-19.

Primus menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima dari Kg. Puru-Puru.

“Patuhi arahan PKP dengan’Duduk Diam Di Rumah’ selain mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran mengikut saranan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

“Dalam masa yang sama, saya akan usahakan sedaya upaya untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang belum menerima sumbangan dari masa ke semasa sepanjang tempoh PKP ini,” katanya. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN