MP Ranau sumbang tangki air kepada 32 KIR

Oleh: Salwah Aramat

GIMIK………Amilin (kanan) menyampaikan sumbangan tangka air kepada sebahagian penerima.

RANAU: Seramai 32 Ketua Isi Rumah (KIR) dari 6 buah kampung sekitar Kundasang, masing-masing menerima sumbangan sebuah tangki air berkapasiti 200 liter sebuah sumbangan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

Sumbangan tersebut merupakan inisiatif Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.

Para penerima adalah dari Pekan Kundasang (8 orang), Kg.Dumpiring (5 orang), Kg.Lembah Permai (5 orang), Kg.Sinisian (2 orang), Kg.Kundasang Lama (6 orang) dan Kg.Cinta Mata (6 orang) dihantar dan disampaikan oleh Sukarelawan Parlimen Ranau, Amilin Baranting yang mewakili Jonathan.

Mereka yang terlibat menerima sumbangan tangki air itu ketika ditemui merakam penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan Jonathan menyalurkan sumbangan tersebut.

“Dengan sumbangan ini memudahkan kami untuk mengumpul air bersih bagi kegunaan harian”, jelas para penerima.