RAMAH…….Jontahan sempat beramah mesra dengan salah seorang Warga Emas Kg. Paginatan yang menunggu giliran menerima suntikan imunisasi Vaksin diperhatikan Lajim dan sebahagian penduduk Kg. Paginatan.
RANAU: Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin telah menghadiri Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) anjuran Klinik Kesihatan Paginatan di sini, baru-baru ini.
Program tersebut, diketuai Pegawai Perubatan YM KK Paginatan, Dr. Dg. Ruksuna Binti Nurintan Md. Ruhul selaku Penyelaras Program.
Beliau melahirkan rasa bangga kerana program itu telah mencapai imuniti kelompok (herd immunity) yang melibatkan 300 penduduk kampung berkenaan telah menerima suntikan vaksin bagi mengawal penularan Covid-19 di negara ini, khususnya di daerah Ranau.
Menurutnya, apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit Covid-19 yang lebih teruk.
HADIRIN……..Antara penduduk Kg. Paginatan yang hadir menunggu giliran menerima suntikan vaksin.
“Saya menyeru kepada warga Ranau, yang berumur 18 tahun ke atas agar menerima suntikan imunisasi vaksin untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga” katanya sambil mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Jonathan ke program itu.
Jonathan ketika ditemuii, menasihatkan agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan desas-desus berbaur hasutan untuk menakut-nakutkan yang mengatakan pengambilan suntikan vaksin itu bahaya.
“Saya menyarankan kepada para penduduk agar tidak mudah terpedaya dengan fakta-fakta tidak sahih yang mengatakan bahawa pengambilan suntikan vaksin ini adalah merbahaya, itu tidak benar sebaliknya kita tampil membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyokong pengambilan vaksin ini kepada rakan-rakan, saudara-mara dan anggota keluarga.
“Apa yang paling penting ialah rakyat seharusnya mengambil berat tentang pematuhan Standard Operasi Prosidure (SOP) bagi memutus rantaian Covid-19, “Kita Jaga Kita”, tambahnya.
Turut hadir ke program itu ialah Setiusaha Sulit Kepada Timbalan Menteri II, KDN Malaysia, Lajim Bin Haji Abdul Momen serta rombongan kakitangan Pejabat Parlimen Ranau.