Jonathan (baju putih) bersama yang lain.
RANAU: Masyarakat Islam Kg.Himbaan, merakam penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Parlimen P.179 Ranau, YB Datuk Jonathan Yasin kerana sudi hadir ke majlis berbuka puasa di perkarangan Masjid Al-Hambra Kg.Himbaan baru-baru ini.
Penduduk yang sempat ditemui bukan sahaja berterima kasih atas kehadiran wakil rakyat Parlimen tu, malah berterima dengan sumbangan Jonathan berjumlah RM6,000 untuk kos pembelian mimbar masjid dan RM1,000 (satu ribu) untuk membiayai majlis berbuka puasa yang dihadiri lebih 80 orang masyarakat Islam di kampung berkenaan dan RM300 lagi bersama buah korma untuk masjid.
Jonathan dalam ucapannya memuji masyarakat islam Kg.Himbaan kerana berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa setiap tahun.
Beliau mengharapkan majlis seumpama itu menjadi titian persaudaraan, permuafakatan dan perpaduan berkekalan dikalangan penduduk tanpa mengira kaum dan agama.
“Kita bersyukur kerana di tempat kita, tiada yang berpecah belah atas perbezaan agama dan kaum.
“Di tempat kita  tidak timbul benci-membenci walaupun berbeza agama atau berlainan kaum dan fahaman politik”, jelas Jonathan sambil menyatakan kesediaannya untuk membantu menaiktaraf tadahan air graviti Kg.Himbaan.
Hadir sama pada majlis itu ialah, Pegawai Pemantau Projek Parlimen Ranau, Dominik Kasuman, Ketua Kampung Kg.Himbaan, KK. Jalin Bin Gundiba, Pengerusi Masjid Kg.Himbaan, Mohamad Jeofrey Bin Yussin dan Pengerusi JKKK Kg.Himbaan, James@Mohd.Zulazmi Bin Sapikit.
           Â