33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MP Ranau biayai pembinaan bangunan Pengurusan Jenazah Kg.Tagudon Lama

SIAP…Bangunan Pengurusan Jenazah di Kg.Tagudon Lama.

RANAU: Masyarakat Islam Kg.Tagudon Lama di sini, merakam penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Menteri II Kementerian Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin atas bantuan menyediakan peruntukan membina bangunan Pengurusan Jenazah. 

Bangunan itu yang terletak bersebelahan dengan bangunan masjid kampung berkenaan dibina dengan kos RM13 ribu menerusi gotong royong penduduk kampung.

Sementara itu, Pegawai Pemantau Projek dari pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Dominik Bin Kasuman ketika ditemui kelmarin mengharapkan kepada  masayarakat Islam di kampung itu supaya menjaga sebaik mungkin bangunan tersebut.

“Bangunan itu perlu dijaga terutama dalam aspek kebersihan sebagai kemudahan  generasi akan datang”, tambah Dominik.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN