26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MOTOKAR TERBABAS SENDIRI TERMASUK KE DALAM LUBANG CULVERT


RANAU: Sebuah motokar terbabas sendiri termasuk ke dalam lubang (culvert jalan) sedalam 3 meter yang sedang dalam pembinaan dekat sini baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin berkata, kejadian berlaku di Kilometer 145.7 Jalan Kota Kinabalu-Sandakan berhampiran Kg. Matupang Ranau, Sabah, pada Sabtu lepas.


“Pada jam lebih kurang 7 petang, telah berlaku satu kemalangan jalanraya di lokasi terbabit melibatkan sebuah kenderaaan jenis Proton New Saga berwarna merah dari arah Ranau menuju ke Sandakan.


“Apabila sampai tempat kejadian semasa melalui sebuah jalan yang rosak (satu lorong gravel), Motokar yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan telah hilang kawalan lalu terbabas.


“Kenderaan berkenaan telah terbalik dan masuk ke dalam lubang pengorekan Culvert Jalan yang sedang dalam pembinaan. Ekoran kejadian, lelaki itu mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital,” kata beliau.

DSP SIMIUN LOMUDIN


Menurut Simiun, masa kejadian itu berlaku, cuaca hujan dan mengakibatkan runtuhan kecil pada laluan sementara (jalan gravel) menyebabkan laluan sementara itu menjadi lebih kecil.

Tambahnya, kejadian berlaku pada malam hari dan tiada lampu jalan.


“Terdapat juga lampu-lampu kenderaan yang bergerak perlahan di tempat kejadian namun Pemandu motokar tersebut telah memotong kenderaan lain dan terbabas masuk ke dalam lubang tepi jalan tersebut.


“Kemalangan tersebut juga menyebabkan sedikit kesesakan lalulintas pada kedua hala jalan memandangkan jalan lencongan sementara tersebut hanya boleh dilalui oleh sebuah kenderaan sahaja pada satu-satu masa,” kata beliau.


Tambah Simiun, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku adalah berpunca daripada kecuaian Pemandu Motokar secara melulu memotong barisan sehingga gagal mengawal kenderaan dan seterusnya terbabas serta termasuk ke dalam lubang pembinaan Culvert Jalan di sebelah kiri.


Beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule10 Ln166/59).


“Orang ramai diminta untuk lebih berhati-hati semasa memandu dalam keadaan cuaca hujan serta keadaan jalan yang rosak atau dalam pembaikan.


“Sentiasa prihatin semasa berada dijalanraya dan memberi kerjasama yang baik kepada pengguna jalanraya yang lain.


“Memandulah secara berhemah dan peka terhadap keadaan sekeliling, kerana kita semua mahu sampai ke destinasi kita dengan selamat dan berjumpa dengan keluarga tersayang,” jelas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN