28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Moto ‘Jangan mudah patah semangat’ menjadi bekalan Rainus sebagai artis tempatan yang kian diminati

Rainus adalah bintang yang semakin bersinar dalam dunia muzik tempatan


PITAS: Berasal dari Pitas, Sabah, Rainus bin Tarakui adalah bintang yang semakin bersinar dalam dunia muzik tempatan.


Aktif merakam lagu-lagu terbaru, Rainus memukau pendengar dengan hasil ciptaannya dalam pelbagai bahasa etnik seperti Dusun Sandayo, Dusun, Rungus, Melayu, dan juga bahasa Sungai.


Setiap lirik yang dihasilkan bagaikan rentak kehidupan yang mengalir dalam lagu-lagunya.
Semua lagu yang diterbitkan adalah hasil karya beliau sendiri, yang telah dirakam di tiga studio berbeza.


Tune 8′ Home Studio, NK Production, dan Tunas Tombonuo Studio adalah tempat di mana kreativiti Rainus dicurahkan.


Dua studio, Tune 8′ dan Tunas Tombonuo, berlokasi di daerah Pitas, sementara NK Production terletak di Inanam, Kota Kinabalu.


Antara komposer yang terlibat di dalam penghasilan lagu rainus ialah, Sazree Azumie (Tune 8’ Studio), Addogh (Tunas Tombonuo Home Studio) dan Nickhlos @ Ketchiau (NK Production).


Antara senarai lagu popular yang telah diterbitkan hasil ciptaan Rainus ialah Suku Sandayo, Tasu Londuk, Raraa Inuvung Aparu, Lalan Kowiyiwanku, Piupusan Pialaan Mantad Sodu, Daerah Pitas Tetap di Hatiku, Diana Su Ngaranmu, Tondu di Upusonku dan Tondu Ko Avasi.


Lagu-lagu ini telah berada dalam siaran di stesen radio tempatan seperti Sabah VFM, Kupi2 FM, Keningau FM, dan Sandakan FM. Semua lagu ini menandakan dedikasi Rainus sebagai seorang pencipta dan penyanyi.


Perjalanan Rainus tidak selalu mudah. Beliau menghadapi pelbagai kritikan, termasuk komen netizen yang merasa suaranya kurang sedap. Namun, setiap kritikan dihadapi dengan jiwa besar dan semangat yang tidak pudar.


Dalam pada itu, pengalaman manis juga hadir, seperti jemputan dalam segmen Ababayan Miampai Artis sebanyak tiga kali oleh RTM (Sabah).

Lagu-lagu Rainus telah berkumandang dalam siaran di stesen radio tempatan Sabah


Rainus juga pernah meraih Naib Johan dalam pertandingan Sugandoi peringkat daerah Pitas dan tempat ketiga di peringkat mukim Bongkol.


Beliau pernah merangkul gelaran Penyanyi Popular sebanyak dua kali di Persatuan Persahabatan Artis KDMR Sabah (PPKAS), yang menandakan pengiktirafan terhadap bakat dan dedikasinya dalam muzik.


Selain itu, Beliau juga pernah menjadi juri dalam pertandingan Mulonoi dan beberapa pertandingan nyanyian lain yang memberikan peluang kepada bakat baru untuk bersinar.


Pertandingan Mulonoi adalah anjuran Persatuan Etnik Sandayo (PRESS) yang di adakan di Pentas Terbuka Paitan dalam Daerah Paitan Beluran dan President Persatuan Etnik Sandayo Adalah Puan Rosanah Taton.


Rainus menekankan pentingnya untuk terus belajar dalam bidang seni yang diceburi. “Jangan mudah patah semangat!” ujarnya.


Menerima kritikan dan komen daripada pendengar adalah langkah yang penting dalam membentuk karier sebagai penyanyi. Walau apa pun bidang yang diceburi, semangat perjuangan demi seni harus diteruskan.


Beliau juga merupakan ahli Persatuan Pershabatan Artis KDMR Sabah (PPKAS), di mana beliau dapat berkongsi pengalaman dan ilmu bersama rakan-rakan artis yang lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN