30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mohon KKM bina pusat jantung di Sabah: James

Datuk James (tengah) menerima cendera kenangan disampaikan Datuk Eva Susau diiringi sebahagian AJK Persatuan selepas kunjungan itu.


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Datuk James Ratib meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar membina sebuah pusat jantung di Sabah.


Menurut beliau, pengidap penyakit jantung di Sabah ini semakin kritikal justeru, amat bertepatan jika KKM dapat membina pusat jantung dinegeri memandangkan terdapat keperluan yang mendesak untuk pusat berkenaan.


Beliau yang juga Adun Sugut berkata demikian selepas menerima satu kunjungan hormat daripada Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah di pejabatnya Wisma Tun Fuad pada hari Selasa.


“Hari ini saya telahpun dikunjungi oleh NGO iaitu Persatuan Tabung Jantung Negeri Sabah dan juga doktor pakar daripada Quen Elizabeth Hospital (QEH) II yang mana apabila saya melihat masalah mengenai penyakit Sabah yang semakin kritikal.


“Justeru, saya minta kepada KKM supaya dapat menubuhkan sebuah pusat jantung di negeri Sabah ataupun Heart Center memandangkan pengidap penyakit jantung di Sabah ini semakin kritikal semakin ramai.


“Dan saya difahamklan oleh pihak hospital di Kota Kinabalu seramai 200 orang setiap tahun terpaksa dihantar ke Smenenanjung Malaysia untuk Rawatan jantung ini,” kata beliau kepada media.


Ujar James lagi, hal yang sama juga diperlukan di kawasan Pantai Timur seperti Tawau dan Sandakan di mana tidak ada doktor-doktor pakar jantung.


Ditambah lagi, katanya, kebanyakan fasilities di QEH II iaitu bahagian jantung tidak mempunyai kemudahan yang cukup.


“Tidak ada bilik pembedahan dan sebagainya kekurangan. Jadi saya minta KKM supaya dapat dipercepatkan pusat jantung di Sabah ini dan itu harapan saya,” kata beliau.


Beliau turut mengucapkan jutaan Terima kasih YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor kerana telahpun memberikan sebidang tanah seluar 10 ekar untuk pembinaan Institut Jantung Sabah di kawasan Likas.


Sementara itu, Presiden Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah, Datuk Eva Susau berterimakasih kepada James kerana sudi menerima kunjungan tersebut.


“Tujuan kami mengadakan kunjungan hormat itu adalah untuk memberi taklimat kepada beliau mengenai Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah di mana kami menghantar kanak-kanak dengan penyakit jantung kongenital untuk menjalani pembedahan.


“Setakat ini kami telah menghantar 723 pesakit untuk pembedahan jantung pembetulan (corrective heart surgery) sejak tahun 1981 dan tujuan lawatan itu juga adalah untuk memaklumkan kepada beliau apakah rancangan kami untuk tahun ini.


“Kami juga telah memaklumkan kepadanya bahawa walaupun kami amat berbesar hati selepas seorang ahli perniagaan yang telah begitu rela memberikan sebuah rumah untuk kami, kami masih memerlukan wang untuk pengubahsuaian dan untuk memasang lekapan serta katil,” katanya.


Eva memberitahu bahawa kelengkapan adalah untuk anak-anak kami yang tiada tempat tinggal yang datang dari tempat terpencil di Sabah di mana mereka singgah untuk mendapatkan bantuan perubatan dari hospital berdekatan.


“Jadi kami amat berterima kasih kepada penderma yang murah hati ini yang telah membeli rumah untuk kami selepas 13 tahun.


“Sebenarnya beliau telah berikrar untuk membina sebuah rumah untuk kami, tetapi kerana kesuntukan tanah dan kami tidak dapat mendapatkan sebidang tanah untuk membina rumah tersebut, dan beliau sedar akan keperluan kami yang semakin mendesak dan serius, justeru beliau telah dengan rela hati membelikan kami sebuah rumah,” katanya.


Eva berkata, tambahan lagi memandangkan kos rawatan perubatan yang semakin meningkat tinggi, persatuan itu amat mengharapkan kebaikan dan kemurahan hati YB Menteri untuk meningkatkan peruntukan kepada persatuan itu.


“Tahun ini kita mendapat RM250,00 peruntukan dar kerajaan yang mana kita boleh hantar lebih kurang lima pesakit sahaja.


“Ia juga bergantung jika kita boleh mendapat lebih banyak sumbangan daripada pihak kita, iaitu sumbangan daripada orang ramai, kita akan dapat menghantar lebih ramai pesakit lagi.


“Walau bagaimanapun, kami berharap pemberian kami dapat dan akan diteliti oleh YB Menteri untuk ditingkatkan supaya lebih ramai pesakit boleh dihantar untuk pembedahan jantung pembetulan,” jelas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN