30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mohd Hamizi dilantik Ketua Polis Labuan  yang baharu

SERAH TUGAS… Ahmad (kiri) menyerahkan dokumen serah tugas kepada pengganti beliau Hazimi sambil disaksikan oleh Juateh

LABUAN: Superitendan Mohd Hamizi Halim dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan yang baharu menggantikan Supt. Ahmad Jawila.

Ahmad Jawila yang telah dinaikkan pangkat daripada Superitendan kepada Penolong Pesuruhajaya Polis (ACP)  kini menjawat jawatan baharu di IPK Sabah.

Ahmad  sebelum ini telah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan selama 2 tahun.

Berikutan pertukaran jawatan itu satu majlis serah terima tugas telah diadakan di Dewan Bancolasi  IPD Labuan pada pagi Isnin.

Majlis serah terima tugas tersebut telah disaksikan oleh Pesuruh Jaya Polis Sabah (CP) Datuk Juateh Dikun.

Hadir sama menyaksikan majlis rasmi itu, beberapa pegawai kanan polis dari IPK Sabah dan Timbalan Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, DSP Robin@ Ridzuan Ismail.

Terdahulu Datuk Jauteh ketika berucap pada majlis itu menyeru kepada para anggota   polis agar menghayati enam teras Malaysia Madani iaitu Kemampuan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat dan Keyakinan Inshan.

Beliau berkata, kesemua teras tersebut  mampu menjadikan PDRM sebagai sebuah organasasi yang lebih mantap dalam menguatkuasakan  undang-undang.

Dalam waktu yang sama beliau mengharapkan agar warga IPD Labuan memberikan sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan baharu tanpa  membanding-bandingkan dengan kepimpinan yang lama.

“Saya berharap semua anggota IPD Labuan dapat memberikan sokongan  sepenuhnya kepada  kepimpinan baharu  tanpa membanding bandingkan antara satu sama lain serta sentiasa menjaga integriti seperti yang disarankan oleh Ketua Polis Negara (KPN)” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN