27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Mohd Ali kekal  Ketua USIA Bahagian Labuan sesi 2024-2027

Mohd Ali (dua dari kanan), Sahari (kiri sekali), Yahya (kana sekali) bersama Datuk Prof. Dr. Kassim.

LABUAN:Ketua Pertubuhan Islam seluruh Sabah (USIA) Bahagian Labuan Mohd Ali @Aliman Asmaran Datuk Sri Panglima Mohammed Bledram sekali lagi di beri mandat untuk menerajui USIA Bahagian Labuan bagi sesi 2024-2027.

Beliau dipilih sebulat suara oleh ahli ahli perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan (Perwakilan)USIA Bahagian  Labuan  Kali ke 38, 2024 yang diadakan pada Sabtu.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Naib Yang Di Pertua USIA Sabah, Datuk Prof Dr Kassim  Md. Mansur.

Empat lagi jawatan yang turut dikekalkan ialah Timbalan Ketua USIA Bahagian, Sahari Amdan, Naib Ketua USIA Bahagian, Yahya Bakri, Pengerusi Tetap, Osman Matussin dan Timbalannya, Harris Abdullah.

Mohd Ali (duduk dua dari kanan),  Prof Dr Kassim (duduk dua dari kiri) bersama ahli ahli Wanita USIA yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan USIA Bahagian Labuan.

Sementara itu bagi Jawatan Ketua Wanita USIA dan Ketua Belia USIA menampilkan muka baharu masing masing Dayang Sharifah Hj.Mahmud menggantikan Rohaini Awang Tengah yang tidak mempertahankan jawatan Ketua Wanita dan Ustaz Hasnizam Abdul Rashid  dipilih sebulat suara sebagai Ketua Belia USIA yang baharu menggantikan Zainal Bungso.

Mesyuarat yang dijalankan dalam suasana harmoni itu  turut memilih 9 Ahli Jawatan Kuasa (AJK) yang baharu masing masing, Prof. Dr. Harun Pudin. Mohammad @Abu Abdullah, Hassan  Abdul Hamid, Ahmad Akil, Fatimah Salim, Suhaili Kadir, Abdul Samad Maidin, Mariani Lokman, Jamal Ijob dan Adnan  Talipuddin.

Bagi Jawatan Pemeriksa Kira Kira 1 & o2 masing masing disandang oleh Yussof Ahmad dan Hafizah Abdul Kadir.

Sementara itu, Mohd Ali yang disahkan sebagai Ketua  USIA Bahagian sesi 2024-2027 turut nengumumkan pelantikkan semula Norila  Lamat sebagai Setiausaha, Norazaimah  Kassim sebagai Bendahari dan Jainudin Djimin sebagai Ketua Penerangan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN